March 29, 2024

gandarusahitam

Pokok Gandarusa atau nama saintifiknya Justicia gendarussa tergolong dalam famili Acanthaceae. Terdapat 3 jenis pokok gandarusa yang telah aku jumpa semasa pergi ke Taman Herba Negeri Perak dahulu. Antaranya ialah gandarusa hitam, gandarusa putih dan gandarusa jalur.

gandarusajalur

Selain boleh dijadikan tanaman hiasan, Pokok Gandarusa juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan herba yang tersendiri. Antaranya ialah ia dikatakan dapat merawat bengkak yang terseliuh, merawat cacing kembung perut dan muntah. Cara merawat kembung perut ialah; daunnya dihancurkan bersama asam limau dan ditampalkan pada perut.

gandarusaputih

Selain itu, ia juga digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul dan tulang patah. Cara penggunaan untuk tulang patah adalah menggunakan daun yang segar atau kering dan dikisar hingga lumat. Kemudian dicampur dengan cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.

Untuk merawat lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :28310

20 thoughts on “3 Gandarusa yang perlu anda tahu !

  1. adakah pokok gandarusa ini blh dijadikan jem atau tumbuhan ini blh dikomersialkan dengan lebih meluas?

  2. Jangan cuba-cuba cik suaidah oiiii……pokok ni x bley makan…..untuk kegunaan luaran je….pas ni sedara admin kita kena la letak info pada tumbuhan yg dipaparkan di sini yg mana bleh makan & yg mana x bleh…..sekadar bagi pandangan ye admin….!

  3. terima kasih chah bagi komen.. saya sendiri pun tak tahu samada tumbuhan ni boleh di makan atau tidak..

  4. tambahan sikit pokok ni arwah mak aku selalu guna untuk berserom (daun direbus, air dan daunnya dipicit kekaki atau lutut semasa mandi). tujuan untuk meringankan badan.

  5. salam

    saya hampir juga teperanjat kerana chah ada mengatakan gandarusa tida boleh dimakan..kerana baru2 ini saya ada mendapat tahu cara bagi menghilangkan penagihan dadah dengan merebus daunnya dan minum…bagaimana ye..adakah ini benar atau cakap kosong..sila bagi pandangan

  6. salam,
    setahu saya pokok ini bayak khasiatnya.Air rebusan akarnya diminum untuk melawaskan buang air kecil dan air besar. Daun pula ditumbuk lumat ditampal pada bisul dan juga utk. patah tulang(setelah kedudukan tulang dibetulkan), daun tersebut dicampur bawang merah boleh ditampak didahi utk. sakit kepala. Daun dipanaskan dan ditampal dipinggang utk sakit pinggang dan sakit ginjal. Air rebusan nya pula diminum untuk merawat batuk, asma dan merangsang perluh. Air rebusan daun dan ranting gandarusa jenis yg. berwarna hijau diminum untuk merawat gonorea, kurang atau tiada haid dan malaria.

  7. akum

    pkk gandarusa ni xberacun lgsg..makcik sya mkn pucuk daun tu utk bg lega demam..d rumah sya ada yg jenis hitam je..d mana sya leh cri pkk2 ni?

  8. Jika betul seperti kata azrul hizan,mungkin info sy yang salah…..
    Tapi saya belum berani nak cuba makan walaupun ada tanam kat rumah sbb nenek sy kata xleh makan nanti mabuk(istilah nenek sy untuk benda yg xleh mkn).Pernah petik daunnya,ada getah warna putih.Kami hanya buat alas tungku untk rawatan perempuan baru bersalin & rawatan sakit2 badan……tq

  9. Saya penah makan daun ganda rusa hitam.Ustaz yang rawat tu kata untuk membersihkan benda2 kotor dlm perut.daun dia kene blend buat jus.Kesan dia kita akan muntah sehingga isi perut kita bersih.Tp sekarang saya dah fobia dah mkn daun ni.

  10. bukan 3 jenis ada 4 jenis daunnya hijau batangnya pun hijau susah tanam saya tanam udah 4tahun hanya satu pasu aja

  11. btul cik zie. hri ni sy x dpt g keja sbb letih muntah banyak lepas berubat cara alterrnatif. daun tu blend jadi jus…sebenarnya banyak khasiat dari muka bumi ini yang kita tidak teroka. sebenarnya boleh buat ubat apa-apa pun yang ada di muka bumi ini tanpa kita perlu menggunakan dadah dan bahan kimia yang lain.

  12. Rumah saya ada pokok ini tapi saya tidak tahu cara menggunakannya. Bukit Katil Melaka

  13. Salam sy nk cari pokok ganda rusa putih dimana boleh dpt sy ddk area selayang

  14. Assalammualaikum,saya ada taman pokok GANDAR RUSA…saya buat daun serum untuk mandian org bersalin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam