13 Jun, 2017

Khasiat Biji Durian

Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan|Artikel


Artikel kali ini bukan mengenai cara membiakaan biji benih durian (seperti dalam gambar) tetapi mengenai khasiat biji durian yang tidak ramai tahu. Tidak ramai yang pernah makan biji durian. Tahukah anda, kita boleh merebus atau membakar bijinya dan boleh dijadikan kudapan sihat yang berkhasiat. Tapi perlu diingat, dilarang memakan biji mentah dari buah ini. Ini kerana di dalam biji durian mengandungi asid lemak siklopropena (cyclopropene) yang bersifat racun kepada tubuh. Sejauh mana kesan kepada tubuh badan, saya sendiri tidak pasti.

Menurut rujukan, biji durian mempunyai kandungan kira-kira 27% karbohidrat (amilosa). Setiap 100 gram bijinya mengandungi 28.3 gram karbohidrat, 67 gram air, 2.5 gram protein, 2.5 gram lemak, 1.4 gram lemak, serta memberi tenaga sebanyak 520 kJ. Biji durian juga dikatakan mempunyai antioksidan dan mampu melancarkan sistem pencernaan.

Jadi, lepas ini, jika anda membeli buah durian, jangan lupa mencuba rebus dan makan bijinya. Barulah tahu apa rasanya.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :261

No Responses to "Khasiat Biji Durian"

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4690
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014