27 May, 2017

Pokok Tin – Tanaman popular masa kini

Posted by: admin In: @Koleksi Pokok Tin

Pokok Tin atau Ficus carica L. tergolong dalam keluarga Moraceae, kini telah menjadi satu trend terkini kepada mereka yang suka berkebun di sekitar rumah. Buah Tin dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005. Buah tin menjadi satu pilihan kerana ia boleh ditanam dalam pasu dan mampu berbuah pada masa yang singkat bergantung pada jenis varieti yang di tanam.

Bagi peminat tegar buah tin atau buah tin pula, mereka akan mengumpulkan pelbagai koleksi pokok tin yang  yang berasal dari pelbagai negara. Kini, menurut sumber terdapat lebih dari 500 varieti buah tin telah berjaya dikumpulkan di Malaysia dan hanya beberapa jenis sahaja yang diusahakan secara komersil kerana mempunyai kualiti buah yang baik dan pengeluaran hasil tinggi.

Khasiat buah tin sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dan ia juga merupakan salah satu tanaman yang buahnya disebutkan dalam ayat Al-Quran. Firman Allah mengatakan: “Demi (buahTin dan (buah) Zaitun.” (At-tin 1). Hal ini menunjukkan adanya kebaikan tertentu dari penciptaan buah tin bagi umat manusia.

Salah satu rujukan yang popular bagi koleksi buah tin ini ialah monograf berjudul The Fig Varieties: A Monograf yang ditulis oleh Ira Judson Condit, 1955. Kandungan buku ini memberikan maklumat morfologi berdasarkan struktur buah yang menjadi kunci utama pengecaman varieti. Antara rujukan lain yang juga digunakan sekarang adalah Fig Trees of The Balearic Islands yang ditulis oleh Montserrat Pons I Boscana, 2012.

Jika dahulu, pokok tin dikatakan tidak sesuai ditanam di Malaysia disebabkan cuaca yang tidak sama seperti negara di Turki, Mesir, Greece, Iran atau Sepanyol. Kini, sudah terbukti banyak varieti khususnya buah tin dari jenis “Common Fig” dapat menghasilkan buah.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis buah tin yang ditanam secara komersial di dunia iaitu ‘Commom fig’ yang menghasilkan buah partenokarpi (tidak memerlukan pendebungaan), jenis ‘Smyrna fig’ yang memerlukan pendebungaan, dan jenis ‘San Pedro fig’ yang menghasilkan dua kombinasi pengeluaran buah, pertama penghasilan buah secara partenokarpi dan diikuti penghasilan buah secara pendebungaan.

Harga benih pokok tin pada masa sekarang boleh dikatakan mahal jika hendak dibandingkan dengan benih buah-buahan yang lain. Ini mungkin disebabkan, pengeluaran benih yang masih terhad dan permintaan yang masih tinggi di pasaran. Saya sendiri turut tidak ketinggalan mencuba menanam beberapa pokok tin di sekitar rumah. Sememangnya buah tin yang dipetik segar sangat sedap dimakan kerana rasanya yang manis.

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :639

No Responses to "Pokok Tin – Tanaman popular masa kini"

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4664
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014