01 Feb, 2017

Bunga Kantan

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional|@Tanaman Sayuran

bunga-kantan

Pokok Kantan atau nama saintifiknya Phaeomeria speciosa sememangnya sangat dikenali di kalangan masyarakat kita di Malaysia kerana kegunaannya dalam masakan khususnya dalam penyediaan kuah Laksa. Bahagian pokok yang digunakan adalah bunganya yang mempunyai aroma yang harum. Bunga kantan yang digunakan dalam masakan akan memberikan rasa yang lebih enak.

Harga sekuntum bunga kantan boleh mencecah sehingga RM1.50-RM2.50 di pasaran. Disebabkan peningkatan harga bunga kantan di pasaran menyebabkan ramai yang ingin menanamnya dan secara tidak langsung harga benih bunga kantan juga turut naik.

bunga-kantan-2

Kebiasaannya, Kantan dibiakkan melalui rizom, biji benih atau belahan rumpun. Saya juga turut membeli benih bunga kantan sebagai percubaan untuk menanamnya sendiri. Benih ini dibiakkan melalui biji benih. Menurut penjual, pokok yang dibiakkan melalui biji benih mengambil masa sehingga 6-8 bulan bagi mendapatkan pertumbuhan dan ketinggian seperti gambar di bawah.

benih-bunga-kantan

Bunga Kantan juga dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu mengenai khasiat tanaman bunga kantan atau ada petua menggunakan bunga kantan, harap dapat coretkan di ruangan ini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1021

No Responses to "Bunga Kantan"

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4569
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014