Pokok Bertam

pokok-bertam

Pokok Bertam atau nama saintifiknya Eugeissona tristis Griff memang jarang sekali dapat kita temui kerana ia banyak terdapat di hutan. Walau bagaimanapun, mujur di Taman Botani Putrajaya masih terdapat koleksi pokok ini. Dapatlah saya mengenali pokok bertam ini dengan lebih dekat.

pokok-bertam2

Di pangkal pelepah pokok Bertam sememangnya penuh dengan duri. Buahnya boleh dimakan ketika muda.  Isi yang muda, lembut seakan kelapa muda. Apabila buah sudah tua, isinya akan keras seperti batu.

pokok-bertam

Sekilas pandang pokok bertam seakan pokok salak, namun jambak bunga dan buahnya ternyata berbeza. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam.

buah-bertam

Jika anda ada cerita yang ingin dikongsikan mengenai buah bertam, sila komen di sini ye..

Number of View :3625

Jom ke MAHA 2016

tarikh-pameran-maha-2016

Dengan bertemakan #OurFoodOurFuture, ekspo MAHA 2016 kali ini menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, peluang pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi. Ia merupakan satu platform yang terbaik untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat dan perkhidmatan baharu dalam sektor pertanian.

Terdapat pelbagai tarikan di MAHA 2016 termasuk seminar perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi. Antara tarikan terbaharu sepanjang 11 hari eskpo itu berlangsung ialah Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin.

Diharapkan anda dan keluarga dapat merangka percutian ke MAHA 2016 kerana ini merupakan destinasi terbaik membawa anak-anak ketika cuti sekolah.

 

 

Number of View :2144

Khasiat Chia Seed

khasiat-chia-seed

Khasiat Chia Seed atau biji chia sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Di salah sebuah pasaraya juga ada mempromosikan roti yang mengandungi biji chia seed ini.

Dikatakan biji chia seed mengandungi 8 kali lebih Omega-3 daripada ikan Salmon dan 5 kali lebih Kalsium daripada Susu. Sejauh mana kebenaran ini saya sendiri tidak pasti. Anda boleh cuba tanya En. Google.

kebaikan-chia-seed2

Tertarik dengan khasiatnya, saya juga tidak ketinggalan mendapatkan sebotol Chia Seeds (organik) dengan harga RM28. Biji Chia Seeds ini sekali pandang ia seakan biji selasih. Nampak macam sama tapi tidak serupa.

Pertamanya; biji Selasih kecil dan hitam manakala Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu.

Keduanya; Cara makannya juga berbeza. Chia seed boleh dimakan dengan direndam atau tidak di rendam manakala biji selasih perlu direndam dahulu sebelum digunakan.

kebaikan-chia-seed3

Daripada rujukan, banyak khasiat chia seeds ini, namun apa yang menarik perhatian saya ialah ia mampu berperanan sebagai detoks iaitu mengeluarkan toksin dalam sistem pencernaan dan juga membantu menurunkan kolesterol. Maklumlah macam-macam makanan dah masuk dalam perut, sekali sekala kenalah cuci.

Cara nak makan chia seeds ini mudah sahaja. Campurkan biji chia ini dalam jus buah atau air minuman yang anda suka. Biarkan seketika atau boleh terus minum begitu sahaja.

[whatsapp]

Number of View :2776

Berniaga Air Kelapa Muda

kelapa-muda2

Artikel kali ini saya ingin kongsikan kisah si penjual kelapa muda. Untungkah berniaga air kelapa muda ini? Sebenarnya saya seorang peminat tegar air kelapa muda. Bukanlah setiap hari saya minum air kelapa muda. Namun setiap hujung minggu saya mesti membeli air kelapa muda. Selalunya saya mendapatkan air kelapa muda di 2 tempat sahaja iaitu di Dengkil dan Ampang.

kelapa-muda3

Harga air kelapa muda di Ampang berharga RM3.50 sebiji ( dibungkus – harga termasuk letak ais, gula dan ikat tepi ) manakala  harga air kelapa muda di Dengkil pula berharga RM3.80 sebiji. Saya sempat bertanya dimana anda mengambil bekalan kelapa muda ?

Kelapa akan dihantar oleh pemborong yang mengambil bekalan kelapa dari kawasan Sabak Bernam. Dalam kes penjual kelapa di Ampang, kebiasaannya mereka ambil lebih kurang sebanyak 1,000 biji kelapa setiap kali tempahan. Kelapa tersebut akan habis dijual lebih kurang 2-3 minggu. Penjual kelapa di Dengkil pula, kadangkala mampu menjual sehingga mencecah purata 200-300 sehari kerana lokasinya yang strategik ditepi jalan utama Dengkil-Banting.

kelapa-muda

Pada suatu hari , saya terserempak dengan pemborong kelapa muda yang sedang menghantar kelapa kepada pelanggannya. Saya terus berjumpa dengan si pemborong bagi mendapatkan beberapa imformasi terutamanya mengenai harga borong kelapa muda. Memang benar, sumber kelapa adalah dari kawasan Sabak Bernam dan Bagan Datoh. Harga borong kelapa muda ketika artikel ini ditulis ialah RM2.30/biji. Jadi, bolehlah anda tolong kirakan, samada untung atau tidak berniaga air kelapa muda ni..

pemborong-kelapa-muda

Air kelapa muda sememangnya mendapat tempat di pasaran dan permintaannya juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan ramai yang ingin menceburi dalam bidang penanaman kelapa terutamanya kelapa matag.

Number of View :1159