18 Oct, 2016

Sayur Kakrol dan Parval dari Bangladesh

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional|@Tanaman Sayuran

kakrol

Bagi yang biasa ke pasar borong atau biasa membeli sayur di pasar sudah pasti pernah terjumpa sayur seperti ini. Sayur ini dikenali sebagai Kakrol di Bangladesh atau Kantola di India. Sayur yang terdapat dijual di pasaran sekarang adalah diimport dari Bangladesh. Kakrol atau nama saintifiknya Momordica dioica juga dikenali  spiny gourd dan teasel gourd. Sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih.

sayurkakrol

Cara menggunakan sayur ini atau nak masak sayur ini lebih kurang sama macam nak masak peria dan menurut penjual Bangladesh tersebut ia boleh dimasukkan ke dalam masakan Kari. Lain-lain resepi boleh buat carian di Google.

parval2

Selain dari Kakrol ada lagi beberapa jenis sayur lain seperti sayur parval juga turut dibawa dari Bangladesh kerana terdapat permintaan dari ramai pekerja asing dari Bangladesh yang menetap di Malaysia. Parval atau nama saintifiknya Trichosanthes dioica juga dikenali sebagai pointed gourd. Ia seakan menyerupai timun tetapi bersaiz lebih kecil.

Sayur Parval atau Parwal yang sangat terkenal di India ini merupakan sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih . Ia banyak digunakan dalam masakan kari dan juga pelbagai lagi resepi seperti pajeri dan sebagainya.

parval

Sebenarnya ada lagi beberapa jenis sayur lagi yang dibawa dari Bangladesh namun untuk artikel kali cukuplah sekadar 2 jenis sayur yang dapat saya kongsikan. Yang menarik tentang 2 jenis tumbuhan ini ialah pokok ini mempunyai satu persamaan.  Ini jelas menunjukkan pada nama botaninya iaitu Momordica dioica dan Trichosanthes dioica. 

Cuba teka apakah persamaan itu ?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1808

1 Response to "Sayur Kakrol dan Parval dari Bangladesh"

1 | Abdul aziz

March 4th, 2017 at 4:44 pm

Avatar

Assalamualaikum tuan.. Diana boleh dapat benih sayur ni?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4440
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014