28 Feb, 2016

Buah Asam Kumbang

Posted by: admin In: @Buah Nadir

asam-kumbang

Buah Asam Kumbang atau nama saintifiknya Mangifera quadrifida merupakan buah yang sangat sukar ditemui. Dipercayai asal usul buah ini adalah berasal dari negara kita Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sepanjang pengetahuan penulis, buah ini pernah ditemui ditanam di Kedah, Perak dan Johor. Namun, ia juga dikatakan terdapat di Pahang dan Kelantan. Di Sabah dan Sarawak juga masih dapat ditemui buah ini.

Penulis hanya pernah mencuba merasai buah ini hanya sekali beberapa tahun dahulu. Jika hendak dibandingkan dengan buah bacang, rasa buah asam kumbang lebih masam lagi. Kulit buah berwarna merah keunguan apabila telah matang atau masak. Kebiasaanya, ia dijadikan ramuan di dalam sambal belacan atau juga boleh dibuat jeruk.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah asam kumbang ini, silalah kongsikannya di sini ya..

p/s : gambar di atas diambil  semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 di Kuching, Sarawak

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2741

1 Response to "Buah Asam Kumbang"

1 | hussein

December 6th, 2016 at 4:12 am

Avatar

Buah asam kumbang ni banyak terdapat di kampung saya…. Kpg Gedong, Simunjan Sarawak… apabila masih muda sedap utk dibuat jerok ( serupa dgn jeruk mangga ) dan apabila dah masak sedap untuk dibuat sambal…..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4367
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014