Buah Namchem

nanchem

Sekali pandang ia seakan buah nangka yang biasa kita lihat. Namun yang sebenarnya ia dikenali Buah Namchem. Buah ini hanya terdapat di Sarawak. Penulis mengenali buah ini dengan lebih dekat semasa kunjungan ke Kuching, Sarawak sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 yang lalu

nanchem2

Walaupun rupa luaran seakan buah nangka, namun rasa isinya menyerupai buah cempedak. Kadang-kadang rasanya seakan-akan kombinasi rasa buah nangka dan cempedak. Walau apa pun, rasanya tetap unik dan mempunyai citarasa yang tersendiri.

nanchem3

Menurut sumber, buah namchem ini bukanlah buah hibrid atau kacukan. Pokok ini sememangnya dijumpai di tanam ( penulis tidak ingat lokasinya di Sarawak). Oleh kerana rasanya yang unik, ia dibiakan dengan lebih banyak. Pada pandangan penulis, tidak mustahil asal usul buah ini adalah hasil dari kacukan buah nangka dan cempedak.

nanchem4

Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah nangchem ini, silalah kongsikannya di sini ya..

Number of View :2677

Buah Asam Kumbang

asam-kumbang

Buah Asam Kumbang atau nama saintifiknya Mangifera quadrifida merupakan buah yang sangat sukar ditemui. Dipercayai asal usul buah ini adalah berasal dari negara kita Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sepanjang pengetahuan penulis, buah ini pernah ditemui ditanam di Kedah, Perak dan Johor. Namun, ia juga dikatakan terdapat di Pahang dan Kelantan. Di Sabah dan Sarawak juga masih dapat ditemui buah ini.

Penulis hanya pernah mencuba merasai buah ini hanya sekali beberapa tahun dahulu. Jika hendak dibandingkan dengan buah bacang, rasa buah asam kumbang lebih masam lagi. Kulit buah berwarna merah keunguan apabila telah matang atau masak. Kebiasaanya, ia dijadikan ramuan di dalam sambal belacan atau juga boleh dibuat jeruk.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah asam kumbang ini, silalah kongsikannya di sini ya..

p/s : gambar di atas diambil  semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 di Kuching, Sarawak

Number of View :4898

Artikel Popular Mengenai Tumbuhan Tahun 2015

lobak-putih

Salam kepada pembaca yang budiman. Lama saya tidak menulis di dalam Blog ini. Saya tidak mahu memberi alasan. Bak kata orang, hendak seribu daya, tidak hendak tidak perlu banyak dalih.. satu pun dah cukup. Sebenarnya, saya sedikit Frust@Kecewa sebab, banyak koleksi gambar pokok, gambar buah dan pelbagai koleksi tumbuhan yang saya simpan sekian lama telah hilang@terhapus disebabkan kerosakan Hardisk komputer. Tidak perlu saya ulas panjang. Benda dah pun terjadi.

Sebelum saya sambung semula penulisan saya di dalam Blog ini, saya ingin membuat beberapa analisis mengenai tumbuhan atau pokok yang sangat popular di tahun 2015, di mana ramai orang yang membuat ‘Carian’ dan bertemu di dalam Blog ini.  Saya suka buat analisis ini kerana dapat melihat trend semasa mengenai sesuatu pokok. Kebiasaanya, sesuatu pokok menjadi popular adalah disebabkan musim-musim tertentu atau satu-satu isu yang telah keluar di akhbar, di Facebook, dan sebagainya.

Jom sama-sama kita lihat.

Pada Bulan Januari –  Memang sudah menjadi kebiasaan, Carian mengenai ‘ lobak putih’ sangat popular. Sebahagian besar Carian datang dari negara jiran Indonesia. Selain itu, tumbuhan lain yang popular ialah daun tembaga suasa, buah rotan, dan daun pecah kaca.

Bulan Februari – Carian mengenai ‘Buah-buahan di sabah‘ sangat tinggi sekali. Tidak diketahui sebab apa. Mungkin ada peraduan agaknya.

Bulan Mac – Carian mengenai ‘Buah-buahan di sabah‘ masih lagi antara popular tapi sudah menurun sedikit.

Bulan April – Buah rotan dan pokok ketum menjadi Carian yang popular. Selain itu, daun pecah kaca dan akar seruntun juga ingin jadi popular.

Bulan AprilKhasiat bunga betik pula mengambil tempat. Buah rotan dan akar seruntun masih lagi di dalam Carta Popular. Namun, ada nama baru yang tiba-tiba muncul. Buah muyu – merupakan buah nadir yang masih ramai yang tidak kenal.

Bulan JunCarian Petai hybrid dengan tiba-tiba muncul menjadi juara carta. Ini disebabkan munculnya iklan viral di Facebook yang menjual benih petai yang boleh berbuah hanya di tanam dalam pasu. Selain itu, pohon selasih dan akar seruntun juga masih lagi popular.

Bulan Julai –  Dengan tiba-tiba pokok keembung dan pokok ciplukan mengungguli Carian Popular. Oleh kerana raya nak dekat, pokok palas juga menjadi antara yang popular.

Bulan JulaiAkhirnya daun pecah kaca telah berjaya naik tangga teratas paling popular setelah sekian lama bersaing.  Bunga betik masih lagi mengekori dari belakang.

Bulan September – Kacang tanduk dengan tiba-tiba popular pada bulan ini. Namun, yang mengejutkan Carian mengenai daun durian juga turut popular. Apakah sebabnya daun durian tiba-tiba popular ?

Bulan Oktober – Pokok bonsai telah berjaya naik tangga teratas paling popular setelah sekian lama bersaing. Durian belanda pula cuba mengekori dari belakang.

Bulan November – Lagi sekali daun pecah kaca kembali ditangga di atas. Daun bebuas pula tiba-tiba muncul. Petai Hibrid masih lagi antara Carian yang masih hangat diperkatakan kerana disebabkan viral yang terus berjalan di Facebook.

Bulan Disember – Daun tembaga suasa akhirnya muncul juara bulan Disember setelah lama mencuba dari bulan Januari. Daun pecah kaca tidak kurang hebatnya. Masih lagi antara yang pupular. Petai hybrid masih lagi terus menjadi viral di internet. Semakin ramai yang menjual secara online disebabkan permintaan yang tinggi.

Sampai di sini dahulu.. sama-sama kita fikirkan.

Number of View :8146