12 Jul, 2015

Ubi Tum @ Air potato

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

ubi-tum3
Sudah lama penulis ingin menulis artikel ini, namun hanya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan baru tangan ini dapat menulisnya. Artikel kali ini mengenai pokok Ubi Tum atau nama saintifiknya Dioscorea bulbifera. Di lain-lain Negara ia lebih popular dengan nama air potato disebabkan ubinya yang tergantung di udara tidak seperti jenis-jenis ubi yang lain yang terdapat di dalam tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti lain air potato di luar negara yang juga dikenali Dioscorea alata.

Ubi Tum juga dikenali dengan nama Ubi Sentul atau Ubi Setong di sebelah kawasan pantai timur. Ada juga yang menggelarkannya Ubi takut babi disebabkan tidak tumbuh di dalam tanah.

ubi-tum2

Penulis juga pernah menanam ubi ini di kawasan rumah. Ubi yang tumbuh secara menjalar ini mudah hidup dan tidak sukar menjaganya. Pertama kali menanam pokok ini, ubi yang dikeluarkan tidak besar dan buahnya juga tidak banyak. Daun pokok juga kecil. Apabila kali kedua menanamnya dari benih yang sama, pokok lebih subur dan daun pokok juga lebih besar. Buah/Ubi yang pertama keluar juga mempunyai saiz lebih besar. Namun, ubi-ubi yang lain akan menjadi lebih kecil sehingga ubi yang terakhir keluar yang semakin kecil.

Saya pernah ditanya melalui satu email sewaktu ketika dahulu. Adakah ubi ini boleh dimakan dan adakah ia beracun? Dalam pengetahuan saya ketika itu, ubi ini tidak beracun dan ianya boleh dimakan. Namun, saya sempat membuat sedikit rujukan daripada kajian-kajian yang pernah dibuat di luar negara. Sebenarnya, ubi jenis ini mempunyai sedikit racun atau toksik. Saya tidak pasti adakah ia adalah dari jenis yang sama atau berlainan. Mungkin disebabkan itu ubi ini perlu dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan racun yang terdapat di dalamnya.

 

ubi-tum

Daripada maklumbalas mereka yang pernah makan ubi ini, kulit ubi tum dikupas kulit dan Perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Kebiasaannya ia dimasak bersama kari ikan. Rasanya seakan ubi kentang. Ubi Tum ini juga dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis. Perkara ini juga pernah dinyatakan oleh makcik yang tinggal di Kampung Gajah Perak. Menurut beliau lagi, ubi ini sukar didapati dan harganya juga mahal.

Jika anda ada cerita menarik mengenai ubi ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9949

15 Responses to "Ubi Tum @ Air potato"

1 | Fida

July 14th, 2015 at 7:02 am

Avatar

Tak pernah jumpa lagi ubi ni…di pasar pagi Kg Gajah ada jual tak?

2 | JALALUDDIN

August 18th, 2015 at 2:02 am

Avatar

DULU JIRAN DIKAMPUNG SAYA ADA BAGI UBI NI TETAPI TAKUT NAK MAKAN…MCM BERACUN AGAKNYE,….TQ ATAS PERKONGSIAN INI

3 | Zambri Mat

September 29th, 2015 at 4:46 am

Avatar

TK penerangan yang baik dan saya kongsi, saya baru cuba menanamnya.

4 | alief

September 30th, 2015 at 4:32 am

Avatar

setahu saya, dulu kecik2 ada tanam pokok ni, tumbuh menjalar tinggi, kutip bila dia jatuh (TUM) kupas kulit masak kari, kari akan jadi pekat sebab ubi ni akan mengeluarkan lendir macam bendi. syarat nak masak, masuk awal-awal time tumis sebab ubinya lambat empuk.

5 | nizamothman

December 16th, 2015 at 5:05 am

Avatar

saya dah pernah makan ubi ni kat rumah mak mertua…tp baru makan sikit dah rasa pening kepala…macam mabuk laut…terus berhenti makan…mungkin x cuci dengan betul

6 | wak

January 5th, 2016 at 8:22 am

Avatar

Assalam,

Perkongsian dari senior saya. ubi ini ubat mujarab untuk penyakit saluran jantung tersumbat. di masak dan di blend. Saya masih explore khasiat buah ini. semoga bermanfaat nanti.

7 | abdullah

January 16th, 2016 at 8:09 am

Avatar

nak tanye agak2 berapa harga sebiji atau sekilo air potato?

8 | norwati yeob

January 21st, 2016 at 5:05 am

Avatar

ubi takut ke babi ini menurut ustaz saya boleh ditampal pada gigitan ular untuk menyerap bisanya keluar. kegunaan lain untuk penawar kanser, dimana ubi yang jatuh sahaja direbus untu diminum airnya.

9 | norwati yeob

January 21st, 2016 at 5:08 am

Avatar

untuk kencing manis macam mana nak guna?

10 | zamothman

January 29th, 2016 at 7:51 am

Avatar

saya dh cuba makan ubi ni…kt rumah mertua di ALOR setar banyak….Kupas dan buang kulit…buat macam kupas kentang….siap rendam dgn air garam lagi….rebus sampai empuk…baru kunyah sikit saja,kepala rasa pening…apalagi terus buang..x brani nk makan dah

11 | Serinah

April 10th, 2016 at 11:59 pm

Avatar

Info dr abg ipar buah ni dikenali juga sebagai buah barah..ubat kanser.ramai yang mencarinya…di keringkan dan di redam air nya utk di jadikn minuman…ramai yg mencari buah ini..

12 | rusli kamis cik li

July 27th, 2016 at 6:25 am

Avatar

Ubi ini banyak terdapat di Kedah dan Perlis.kalau di K
Kedah daerah pida 7 Ayer Hitam,Pantai Johor,Selengkoh sedaka.khasiatnya amat banyak,semasa sy umur16 tahun pernah makan ubi ini rebus saja dan mkn dgn kawan2 dekat bendang tepi kampung,ada org tua tgk
Kami mkn ubi tom ini dia marah,katanya hangpa budak2
Tak blh mkn ubi tum ni hanya utk org tua sahaja,rupa2nya 48jam berdiri alat sulit kami, baru tau
Khasiatnya.sejarah di kampung Pantai Johor A
Setar tahun 1983

13 | zambri mat

March 5th, 2017 at 8:20 am

Avatar

Pokok yang saya tanam telah menghasilkan buah.
Saya bercadang menjual buah kentang udara (air potato) ini.

14 | Umi

April 1st, 2017 at 8:24 am

Avatar

Ade jual ke tuan zamri?

15 | Sabri Mahmud

April 22nd, 2017 at 4:07 am

Avatar

Alhamdulilah, saya dah cuba buat kajian sdikit pokok nie, diatas buah tum dan dibwh ubi tum, orang asli katanya buah barah, rasanya krang sedap pahit mcam tongkat Ali, khasiat pelbagai guna dan power mcam Vergra smulajdi, dah cuba rebus mcam ubi kayu/keledek dan msukkan sdkit garam pun msih pahit. isteri sya sakit perut berasid tengah malam sakit sangat perut bgulong2, mkan 5 atau 7 keping kecil, stengah jam lepas tuu dah baik, Siapa2 yg nak beli yg dah kering, saya blih poskan, harga blih runding, hub saya, 01115438352, 0164180708. Insaallah saya blih uruskan. Rezeki dpada Allah.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4310
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014