24 Apr, 2014

Sayur Leeks

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran

sayur-leek

Artikel kali ini Penulis ingin memperkenalkan sejenis sayur dimana Penulis sendiri belum pernah masak atau menggunakannya dalam masakan. Mengikut rujukan, sayur Leek ini juga dikenali sebagai Bawang Sayur yang kebiasaannya ditanam di tanah tinggi. Sayur Leek  banyak terdapat dijual di pasar hypermarket bersama lain-lain sayur-sayur tanah tinggi seperti kobis dan sebagainya.

Apa pun, penulis mengucapkan terima kasih kepada rakan di Fanpage yang sudi berkongsikan mengenai masakan yang boleh dibuat menggunakan sayur Leek. Antaranya ialah seperti berikut;

1. Tumis bawang putih bersama dengan udang. Kemudian tambah sayur ini (hiris nipis memanjang) dan kepingan taukuah yang telah digoreng. Tambah sedikit perasa garam.

2. Sayur in juga sedap dibuat sup campur bersama ubi kentang.

3. Masak mee Goreng juga boleh campur dengan sayur leek.

4. Masak sup dan chap chai bersama udang dan cendawan pun boleh juga.

Jika anda mempunyai lain-lain resepi yang menarik boleh kongsikannya disini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :7058

2 Responses to "Sayur Leeks"

1 | andika

April 25th, 2014 at 2:39 am

Avatar

beberapa tahun dahulu saya pernah cuba-cuba membeli sayur ini di pasar. Oleh kerana pokoknya seperti pokok bawang, saya menamakannya sayur daun bawang. Sampai di rumah saya terus memasaknya dengan cara menumis dengan ikan bilis, hirisan isi ayam, udang dan bahan perasa. Setelah masak saya dapati ianya sangat sedap dan manis. Pembaca bolehlah mencubanya …

Andika, Sarawak.

2 | salwa

April 26th, 2014 at 2:47 am

Avatar

hah sayur leek ni boleh masak untuk kuah bakso sebab dia wangi gila..n klu xslap nma dia daun bawang putih.. boleh tgk my blog

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4200
Share

BlogMalaysia.com


  • Uda@Hashim: Salam..cik/puan Paridah ada byk pokok munggai.Lokasi dimana?Saya berminat nk beli buah2 tu.Call/wssp saya ke 0174298553.Sapa2 yg ada buah munggai ni s
  • Jestar: Saya mengidap penyakit susah nak buang air besar (srmbelit) dan selalu bergantung kpd serat pencuci usus yg dibeli secara online. Di rumah saya ada p
  • Norish: Petola Pulut @ Petola Sarang. Sy penah menanamnya. Pokok ni sama spt Petola Segi ,Petola Ular adik beradik sy rasa. Cuma baunya kuat sikit berbanding

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014