08 Feb, 2014

Cempedak Durian

Posted by: admin In: @Harga Sayur/Buah|@Tanaman Buah

cempedak durian

Artikel kali ini mengenai buah cempedak durian yang semakin banyak dijumpai di jual di pasar-pasar tani dan pasar malam termasuklah pasaraya besar (hypermarket). Nama Cempedak durian membuatkan ada yang terkeliru samada adakah buah ini hasil dari kacukan cempedak dan durian? Jawapannya sudah tentu tidak.

Diketahui, Cempedak durian diberi nama berdasarkan kulit luar cempedak yang seakan-akan berduri kasar seperti durian, tidak seperti cempedak yang biasa, kulit luar lebih rata dan tidak menonjol. Ada juga yang menyatakan buah ini seakan buah cempedak nangka.

isi cempedak durian

Penulis biasa menemui buah ini dijual di Pasar Tani dengan harga RM6/kg. Persoalannya.. adakah berbaloi membeli cempedak durian ini? adakah ianya lebih istimewa berbanding cempedak yang biasa?Daripada pemerhatian, buah ini kebiasaannya bersaiz kecil iaitu lebih kurang di antara 1.8- 2.2kg. Penulis sempat membeli sebiji buah cempedak durian (berat 1.8kg dengan harga RM10.80) bagi mengetahui citarasanya dan menilai kualitinya.

Memang tidak dapat dinafikan, rasa ulas/isi buah ini memang sangat manis (makan mentah) apabila ia mencapai tahap kemasakannya. Walau bagaimanpun daripada bedah siasat yang dilakukan, sebiji buah 1.8kg hanya mengandungi lebih kurang 15 ulas/isi sahaja.

Berat isi hanya lebih kurang 700 gram manakala berat kulitnya ialah 1.1kg iaitu hampir 61% berat adalah kulitnya sahaja (kulit tebal). Lebih jelas lagi, dengan harga RM10.80 sebiji, saya mendapat 15 ulas/isi buah. Ini bermakna setiap ulas/isi berharga lebih kurang 70sen.

Samada berbaloi atau tidak anda sendiri yang tentukan. Bagi setengah pembeli mereka suka buah ini kerana saiznya kecil, jadi tak perlu membeli buah cempedak yang biasa kebiasaanya bersaiz besar. Daripada beberapa komen, ada yang menyatakan buah ini tidak berapa sedap jika digoreng. Penulis belum dapat pastikan kerana belum sempat cuba menggorengnya. Makan begitu sahaja pun dah sedap.

Jika anda mempunyai informasi mengenai cempedak durian ini, silalah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2895

6 Responses to "Cempedak Durian"

1 | admin

February 11th, 2014 at 11:31 am

Avatar

Dah test goreng.. mmg sedap dan sgt manis..

2 | Azwa

February 25th, 2014 at 5:17 am

Avatar

best nie buat masak tempoyak :D

3 | Bunga

March 17th, 2014 at 12:31 pm

Avatar

Dibikin Ais Enak Banget Pake Susu

4 | Andika

June 11th, 2014 at 2:25 am

Avatar

Daripada penilaian saya cempedak durian ini yang juga dikenali sebagai Nancem di Sarawak (gabungan dua perkataan Nangka + Cempedak) tidaklah setanding dengan cempedak asli. Aroma buahnya yang masak kurang ‘menyengat’ berbanding dengan cempedak asli serta ulas isinya agak lembik.

5 | admin

June 24th, 2014 at 7:34 am

Avatar

Rasanya.. Nancem tak sama dengan cempedak durian.. bentuk luarannya tak sama..

6 | cdini

August 14th, 2014 at 5:30 am

Avatar

kulit dia dibuang sedikit hingga hilang kaler hijau, direbus dan dimakan begitu shj (cicah budu) ataupun boleh dimasak lemak putih atau lemak kuning. begitu juga dgn jeraminya.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rahimah ali: sekali imbas tengok macam buah manjakani..kat belakang umah mak tanam pokok ni...selalunya buah ni bulat..ada yang besar n ada yg kecik...
  • nik azizi: salam . siapa yg berminat nak dapatkan anak benih senduduk putih hubungi sy 0197811811 (area johor bahru)
  • nik azizi md daud: salam . saya ada menanam anak senduduk putih. Saya jumpa ketika sy memotong rumput di kawasan masjid. saya meminta dgn seorang penjaga masjid. saya sy

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 33267 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 30264 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 28249 hits
Ulam-Ulaman - 27666 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 26701 hits
Buah Mentega - 25768 hits
Khasiat Lobak Putih - 24201 hits
Buah Kesusu - 23399 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 22030 hits
Pokok Pecah Kaca - 21528 hits
Buah Markisa - 21499 hits
Pokok Bonsai - 20977 hits
Buah Berembang - 20686 hits
Pisang Raja Udang - 19832 hits
Bunga Ros Jepun - 19562 hits