22 Jan, 2014

Asam Arui-Arui

Posted by: admin In: @Buah Nadir

Samada sedar atau tidak.. Hampir 2 bulan Penulis tidak berkongsikan sesuatu di dalam Blog yang  sudah berusia lebih 6 tahun ini. Kadang-kadang mati akal juga tajuk apa yang ingin ditulis. Apabila terlihat gambar buah Asam Arui-arui dalam simpanan, terpaksa jugalah gagah untuk menulis artikel pertama Tahun 2014.

Asam Arui-arui atau disebut juga Asam Aur Aur memang terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Di Sarawak ia lebih popular dengan nama buah Kundung atau Kendung. Di Indonesia ia lebih terkenal dengan nama Asam Kandis atau nama saintifiknya  Garcinia parvifolia. Penulis mengenali buah ini dengan lebih dekat semasa kunjungan ke Kota Kinabalu Sabah sewaktu ketika dahulu.

Menurut rujukan Pokok Asam Arui-arui yang seakan pokok manggis ini boleh mencapai 10-20 m tinggi dan mempunyai kanopi yang padat.  Bunganya kecil berwarna merah dan Buah kecil berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi merah cerah  atau merah keungguan apabila matang. Isi berwarna putih dan rasanya masam masam manis dan berjus.

Kebiasaaanya, isinya boleh di makan segar dan dibuat jem manakala kulit buah yang matang boleh dijadikan asam untuk masakan setelah dikeringkan seperti menggunakan asam keping. Dipercayai, buah ini juga boleh dibuati ubat bagi merawat demam. Buah direndamkan dalam air suam-suam panas kemudian minum air tersebut. Rasanya sedap sedikit berbanding  asam keping.

Tidak banyak maklumat dapat dikumpulkan mengenai buah ini. Jika anda mempunyai cerita mengenai tanaman ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3043

3 Responses to "Asam Arui-Arui"

1 | Noor

January 24th, 2014 at 3:10 am

Avatar

Di daerah pantai timur kami panggil pokok Asam kandis juga. Selain buahnya boleh dibuat ganti asam keping, pucuk (biasa warna kemerahan) digunakan dalam masakan ikan air tawar… ia akan menjadi kan kuah teresa masam manis dan aromanya menyelerakan..sedap!!

2 | Wahidah

March 30th, 2014 at 12:58 pm

Avatar

First time dengar nama buah exotic ni. Dalam menu apa lagi buah ini digunakan? Terliur pula tgk…

3 | Andika

June 11th, 2014 at 2:49 am

Avatar

Memang betul tu Fazli buah ini dikenali sebagai asam kendong di Sarawak. Pokoknya hampir sama seperti pokok manggis dengan dahan yang banyak bersusun-susun rapat seperti tangga. Namun asam kandis merupakan pokok yang berlainan kerana pokok asam kandis adalah pokok liar dalam hutan sedangkan asam kendong di tanam orang di dusun. Kedua-dua pokok ini agak mirip, cuma buah asam kandis lebih masam dan kelat berbanding dengan buah asam kendong.
Bila berbuah, pokok asam kendong akan menghasilkan buah yang sangat lebat. Buahnya masak berwarna merah terang. Rasa isinya manis bercampur masam. Kulitnya disalai untuk dijadikan asam kendong sebagai bahan penting dalam masakan. Ianya juga merupakan salah satu ramuan mandian tradisional wanita selepas bersalin atau bagi mereka yang baru sembuh dari sakit yang berpanjangan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • mat: Bagaimana nak dapatkan herba ciplukan di Malaysia??
  • Din: Salam..leh emailkan kat saya mana boleh saya dpatkan buah bam nam ni?wife tgh pregnant n teringin nak makan...thank you in advanced..
  • suresh: hai..saya berminat untuk memulakan bisnes bunga melur secara luas di sabah..ingin dapatkan bantuan tentang cara penanaman,cara penjagaan dan cara pema

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 32523 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 29658 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 27928 hits
Ulam-Ulaman - 27093 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 26095 hits
Buah Mentega - 25130 hits
Khasiat Lobak Putih - 23525 hits
Buah Kesusu - 22944 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 21822 hits
Pokok Pecah Kaca - 21242 hits
Buah Markisa - 21054 hits
Pokok Bonsai - 20271 hits
Buah Berembang - 20245 hits
Pisang Raja Udang - 19154 hits
Bunga Ros Jepun - 19115 hits