23 Nov, 2013

Buah Randa

Posted by: admin In: @Buah Nadir


Buah Randa atau nama saintfiknya Gardenia carinata (kalau salah harap diperbetulkan) amat popular juga dikenali dengan nama buah Keranda khususnya penduduk di kawasan sebelah utara. Kebiasaannya ia ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.
Buah Keranda

Penulis pernah berjumpa dengan pokok ini tetapi tidak menyangka ia mempunyai buah yang boleh dimakan. Selain boleh boleh dimakan, buah ini juga diketahui digunakan sebagai ubat tradisional bagi merawat demam kuning.

Tidak banyak maklumat dapat dikumpulkan mengenai buah ini. Jika anda mempunyai cerita mengenai tumbuhan ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2006

3 Responses to "Buah Randa"

1 | rosmpkmn

November 28th, 2013 at 7:05 am

Avatar

gardenia carinata atau lebih dikenali juga dengan nama cempaka hutan. memang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan. baru sekarang saya tahu ianya boleh digunakan untuk merawat demam kuning. thanks for info

2 | mat kedah

February 18th, 2014 at 9:31 am

Avatar

dulu rumah aku ada sepokok.. abang aku dah tebang..
pokoknya agak tinggi, daunya lebar macam ketapang sikit

nostalgianya merempa tengah hari sambil lastik terselit dalam seluag katok

budak budak la lebih suka makan cheezel
mana ada vitamin, pasai tu la cepat semput

3 | Aisyah

April 21st, 2014 at 7:17 am

Avatar

Assalamualaikum, dulu kat rumah tok saya ada pokok ni. Pokoknya tinggi dan buahnya perlu dikait. Dulu, masa kecil-kecil.. saya memang suka makan buah keranda ni. Buah muda berwarna hijau, apabila matang ia berwarna hijau kekuningan- dah boleh makan dan rasanya kelat dan manis. bila dah masak ia kuning dan jika terlalu masak ia berwarna oren. Kalau makan banyak-banyak, boleh sembelit.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • emark: Daun sabung lebih nipis,pokok tidak sebesar pokok malinjau,kulit buah licin berkilauan,temporong buah masak berwarna coklat kekuningan,rasa bauh kuran
  • matron: sy tanam pokok casia fistula di tepi jalan, tapi dah masuk 2 kali mati, tuan ada cdgn untuk penjagaan pokok casia fistula? untuk pengetahuan tuan poko
  • J.H: di sabah dikenali sebagai bambangan.. ada yang manis.. ada yang masam.. sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama ikan masin/cili padi/garam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 29583 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 27499 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 26697 hits
Ulam-Ulaman - 24785 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 23884 hits
Buah Mentega - 23245 hits
Khasiat Lobak Putih - 21289 hits
Buah Kesusu - 21272 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 20950 hits
Pokok Pecah Kaca - 20116 hits
Buah Markisa - 19409 hits
Buah Berembang - 18632 hits
Pokok Bonsai - 17648 hits
Bunga Ros Jepun - 17263 hits
Pisang Raja Udang - 17168 hits