Buah Randa


Buah Randa atau nama saintfiknya Gardenia carinata (kalau salah harap diperbetulkan) amat popular juga dikenali dengan nama buah Keranda khususnya penduduk di kawasan sebelah utara. Kebiasaannya ia ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.
Buah Keranda

Penulis pernah berjumpa dengan pokok ini tetapi tidak menyangka ia mempunyai buah yang boleh dimakan. Selain boleh boleh dimakan, buah ini juga diketahui digunakan sebagai ubat tradisional bagi merawat demam kuning.

Tidak banyak maklumat dapat dikumpulkan mengenai buah ini. Jika anda mempunyai cerita mengenai tumbuhan ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :10911