06 Aug, 2013

Pisang Awak

Posted by: admin In: @Buah Nadir

Pisang Awak
Pisang Awak memang tidak asing lagi di kalangan penduduk kampung kerana ia masih banyak di tanam untuk kegunaan sendiri.  Pisang ini jarang sekali dijumpai dijual di pasar-pasar tani apatah lagi di pasaraya. Terdapat pelbagai variasi pisang awak yang kadang-kadang mengelirukan Penulis. Penulis sendiri tidak pasti samada pisang awak mempunyai perbezaan yang jelas di antara pisang Awak betol, Awak legor, Awak Biji, Awak lilin dan  Awak Kepek. Ada juga yang memanggil pisang awak dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan kelat lega.

Apa pun yang pasti pisang awak enak sangat dibuat cokodok, pengat dan lepat pisang. Ada juga yang suka rebus dan juga dibuat lempeng daun pisang. Selain itu, menurut salah seorang rakan, pisang awak jika terlebih masak, boleh dihiris dibelah dua dan dijemur sampai hitam, kemudian disimpan di dalam balang kuih.

Jika anda mempunyai cerita mengenai pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3657

6 Responses to "Pisang Awak"

1 | lloni smache

August 12th, 2013 at 10:45 am

Avatar

ni tempat kita Klate orang panggil pisang kelat lega…

2 | Maz

August 14th, 2013 at 8:19 am

Avatar

pisang awak ni mudah membiak.Penjagaannya pun tak susah.Tapi kalau tertanam yang berbijik nasib kurang baik le.Kalau nak buat cucur kodok kena ambil pelepah pisang untuk membuang biji yang dalam pisang yang telah dilenyek tu.

3 | rosmpkmn

August 26th, 2013 at 7:49 am

Avatar

pisang awak yang masak digoreng kosong, kemudian di tabur gula. biasa dimakan ketika berbuka puasa. tapi tak elok diamalkan oleh pesakit kencing manis.

4 | Jack Razif

September 18th, 2013 at 1:35 am

Avatar

pisang ni ada kat sebelah jiran rumah…ingat nak amik….tapi belum masak….kalau dibiarkan org bujang yg dok umah ni akan biarkan burung makan…

5 | Andika

September 21st, 2013 at 4:12 am

Avatar

di tempat saya di sarawak pisang ini dikenali sebagai pisang kapok. Bila masak rasanya sangat manis. Orang tua-tua suka makan pisang ini kalau diuli dengan ‘sagon’ iaitu sejenis makanan yang seakan-akan emping yang dibuat dengan kelapa parut, gula apong, tepung beras yang digoreng tanpa minyak. Rasanya sangat enak. Pisang kapok ini bila tumbuh subur akan menghasilkan daun yang sangat lebar dan begitu dicari-cari oleh pembuat kuih di kampung saya. Sekarang memandangkan permintaan daun pisang semakin meningkat, sudah ada pekebun di kampung saya yang menanam pisang ini dengan menjadikan daunnya sebagai hasil utama, bukan lagi mengharapkan hasil dari buahnya sahaja.

6 | Pak Hassan

January 2nd, 2014 at 2:31 pm

Avatar

Kalau di Ganu org panggil kelat siam tapi di Klate orang panggil kelat lega…sebab apa dipanggil gitu…ialah mula-mula masuk ke mulut rasa kelat, tapi bila dah lama-lama tu baru lega sedikit..sebab tu dipanggil “KELAT LEGA”
Pisang inilah yg membesarkan org-org Klate dimasa kecik-kecik dulu…yg lahir sebelum merdeka dan selepas merdeka sekitar 1958-1965. Dipanggil pisang’ lencek’ jadi kenanglah wahai org-org yg lahir pada zaman itu…banyak ketua-ketua jabatan @ bos-bos sekarang dahulu makan dan membesar dengan pisang inilah…KELAT LEGA’

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 29442 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 27376 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 26648 hits
Ulam-Ulaman - 24711 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 23811 hits
Buah Mentega - 23196 hits
Buah Kesusu - 21234 hits
Khasiat Lobak Putih - 21174 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 20883 hits
Pokok Pecah Kaca - 20042 hits
Buah Markisa - 19356 hits
Buah Berembang - 18591 hits
Pokok Bonsai - 17501 hits
Bunga Ros Jepun - 17184 hits
Pisang Raja Udang - 17103 hits