Umbut Tepus

Umbut Tepus

Umbut Tepus atau juga dikenali sebagai Tuhau memang tidak asing dikalangan masyarakat Sabah dan Sarawak khususnya kadazan dusun. Umbut ini mempunyai bau yang kuat seperti bau sejenis serangga (kesing). Di sesetengah tempat seperti di Kelantan dan Perak juga menyebutnya sebagai tepus kesing. Penulis tidak pasti adakah ia sejenis pokok yang sama.

Daripada perkongsian rakan-rakan, kebiasaannya, umbut dicincang atau di potong kecil-kecil dan di jeruk dgn cuka dan cili padi. Selepas beberapa minit boleh di makan sebagai ulam. Selain itu, ia juga di masak begitu saja bersama sayur-sayur yang lain atau dibuat kerabu bersantan.

Jika anda mempunya cerita yang lain mengenai umbut tepus ini, bolehlah kongsikannya disini.

Number of View :12240

Bunga pokok Senggang

Bunga pokok SenggangGambar ini dikirim oleh seorang rakan dari Sarawak. Memang tidak banyak maklumat mengenai pokok ini di internet. Menurutnya, ianya tergolong di dalam keluarga halia yang hidup dalam hutan paya gambut Sarawak. Batangnya boleh dijadikan tikar yang dikenali sebagai tikar senggang. Buah dari bunganya yang telah masak boleh dimakan. Rasanya manis dan sedikit masam.

Jika anda mempunyai info lain mengenai bunga pokok Senggang, bolehlah dikongsikan bersama.

Number of View :8385

Umbut Asam Paya

Umbut asam paya – tidak ramai yang mengetahuinya termasuk Penulis. Gambar dan info ini dikirim oleh seorang rakan dari Sarawak. Katanya, Umbut ini boleh dibuat sayur dan rasanya agak pahit, namun bagi penggemar umbut ini rasa pahit itulah yang jadi daya penariknya. Sayur umbut asam paya ini lebih sedap kalau dicampur dengan Udang Gantung atau Udang Bendang.

Jika anda mempunyai kisah lain mengenai umbut asam paya, bolehlah dikongsikan bersama.

Number of View :6818

Buah Sentul Siam

Buah Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape juga lebih dikenali dengan panggilan setoi dan kecapi di sesetengah tempat. Buah ini memang  tidak asing lagi di kalangan masyarakat di kampung sehingga ada yang menjadikannya jeruk. Jika ingin merasa jeruk sentul bolehlah ke sebelah utara atau terus sahaja berkunjung ke kedai jeruk Pak Ali.

Berbeza dengan sentul yang biasa, buah sentul siam mempunyai saiz yang lebih besar. Rasanya juga lebih manis berbanding sentul yang biasa. Sentul Siam dipercayai di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand. Sama seperti buah dokong sewaktu ketika dahulu.

Selain di makan segar atau dijeruk, kulit buah dikupas nipis, dihiris-hiris dan dicicah dengan sambal belacan kicap (cicah). Memang sedap.

Sedikit sahaja artikel yang sempat saya kongsikan kepada pembaca, jika ada sesuatu yang ingin diceritakan mengenai buah ini, boleh kongsikannya di sini.

Number of View :10453

Pisang Kapas


Pisang Kapas merupakan sejenis pisang yang memang popular di kampung-kampung waktu dahulu. Namun, memang sukar untuk menemuinya dijual di pasar-pasar kerana pisang ini kurang enak dimakan segar. Baru-baru ini Penulis menemui pisang ini dijual di Pasar Tani di Serdang. Melihat ada seorang pakcik yang membelek seikat pisang yang tidak seperti pisang-pisang lain yang dijual. Sempatlah bertanya pada pakcik tersebut. Katanya ini pisang kapas tapi saiznya kecil sikit dari biasa.


Walaupun pisang ini nampak kuning, rasanya memang kelat sedikit. Memang tak lalu nak telan. Bak kata pepatah.. Ditelan mati mak.. diluah mati bapak.. Yang peliknya anak kepada penulis.. selera pula menelannya. Rupa-rupanya pisang ini akan rasa manis sedikit apabila ia benar-benar masak ranum.

Dari perkongsian rakan-rakan, pisang yang muda boleh buat masak lemak dengan kulitnya sekali. Ada juga orang suka buat ulam pisang muda ni. Kalau sudah masak ranum, memang sedap kalau dibuat cekodok dan juga dibuat kek. Jika anda pernah makan pisang kapas ini, bolehlah kongsikannya di sini..

Number of View :8185