Pisang Serendah

Pisang Serendah, namanya sahaja sudah membayangkan keadaan fizikal yang sudah tentu tidak tinggi. Pisang yang juga dikenali pisang kapal ini kononnya pernah ditanam di atas kapal pada zaman dahulu. Samada benar atau tidak, nenek moyang kita sahaja yang tahu. Penulis sendiri biasa menemui pisang ini ditanam di sekitar rumah kerana saiznya yang kecil dan mudah dijaga, tidak seperti pisang-pisang yang lain. Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.

Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Menurut rujukan, kulit pisang ini akan kekal hijau walaupun buahnya telah masak. Penulis sendiri belum pernah makan pisang ini. Ada yang menyatakan rasanya tidaklah sedap dan hanya sedap dibuat cekodok kerana buahnya yang lembik apabila masak. Jika anda mempunyai cerita yang lain mengenai pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :11622

Jambu Brazil vs Jambu India

jambu brazil
Artikel kali ini Penulis ingin berkongsi sejenis jambu yang jarang sekali dijumpai di Malaysia yang dikenali Jambu Brazil atau nama saintifiknya Psidium cattleianum. Di luar negara ia lebih dikenali dengan nama  Cattley guava manakala di Indonesia ia dikenali dengan nama jambu biji brazil.

Menurut rujukan, jambu ini berasal dari negara Brazil dan terdapat 2 varieti jambu brazil iaitu kulit buah yang berwarna merah dan juga berwarna kuning. Varieti buah berwarna merah lebih dikenali sebagai strawbery guava dan buah berwarna kuning dikenali sebagai lemon guava. Rasa buah ini sedikit masam seakan buah markisa. Ada juga yang melaporkan buah ini rasanya manis apabila cukup masak.

Buah yang bersaiz jari telunjuk hingga ke sebesar ibu jari juga ada dijumpai dijual di Cameron Highland tetapi lebih popular dengan nama  Jambu India atau Red Indian Guava. Daripada rujukan lain pula, Jambu Brazil dan Jambu India adalah 2 varieti yang berbeza. Penulis sendiri belum dapat pastikan sejauh mana perbezaan di antara dua varieti ini.

Buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi ini boleh dimakan segar keseluruhan buah atau boleh diproses menjadi jem, jeli, dan jus serta ais krim.

Jika anda mempunyai sesuatu untuk dikongsikan mengenai jambu ini, silalah komen di bawah ini.

Number of View :9321

Cempaka Pisang

cempaka pisang

Pokok cempaka pisang (Michelia figo) tidaklah sepopular pokok cempaka kuning, dan pokok ini jarang sekali dijumpai ditanam di halaman rumah.

Pokok renek yang menarik dengan daun berkilat hijau ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter namun pertumbuhannya agak perlahanan. Pokok ini sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanah dan keseuaian dari segi penanaman, pokok ini lebih suka kepada tanah lembap, subur dan bersaliran baik selain memerlukan sedikit lindungan cahaya matahari.

Tahukah anda, pokok ini dikenali dengan bunga cempaka pisang kerana bunganya berbau seakan pisang masak ranum. Jadi tidak hairanlah di luar negara tanaman ini juga dikenali dengan nama Banana Shrub.

Number of View :7687

Khasiat Bunga Betik


Ramai yang kenal bunga betik, tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Mungkin artikel akan datang Penulis akan jelaskan lebih lagi mengenai bunga-bunga betik ini. Kebiasaanya, bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.


Artikel kali penulis ingin kongsikan khasiat bunga betik kepada kesihatan kita. Bunga betik dipercayai amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi. Rasanya yang pahit membuatkan ramai yang tidak menyukainya. Namun, bagi yang sudah biasa, rasa pahit hanya perkara kecil. Kebiasaanya, bunga betik tersebut dicelur terlebih dahulu bagi melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. Ada juga yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Number of View :16967