22 Apr, 2013

Sayur Masin

Posted by: admin In: @Resepi Masakan

sayur-masin2

Sayur Masin atau ada yang mengenalinya sebagai sayur jeruk merupakan sejenis sayuran yang telah dijerukkan dengan kaedah tertentu supaya ia dapat disimpan dengan lebih lama. Kaum Cina diketahui lebih gemar makan sayur masin ini berbanding dengan kaum-kaum lain. Daripada segi khasiat, Penulis tidak pasti adakah ia lebih berkhasiat berbanding dengan sayur-sayuran segar.

sayur-masin3

Penulis sendiri belum pernah mencuba merasai sayur jeruk ini kerana pertama kali berjumpa dengan sayur masin ini membuatkan hidung rasa kurang enak kerana baunya yang sedikit masam. Namun, bila membaca pengkongsian rakan-rakan, terasa ingin mencubanya pula. Ia dikatakan lebih sedap dicampur dalam ramuan sup, masak asam dan sebagainya.

sayur-masin4

p/s : ada sesiapa yang boleh tolong masakkan ?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :8701

4 Responses to "Sayur Masin"

1 | rosmpkmn

April 22nd, 2013 at 3:07 am

Avatar

tak berani nak makan sebab kebanyakkannya orang cina yang buat. tak tahu macam mana proses dan bahan yang digunakan mereka. kalau jeruk maman tu lainla, sebab orang melayu yang buat.

2 | Andika

April 22nd, 2013 at 1:42 pm

Avatar

nak mkn rendam dulu dalam air atau cuci bersih2 pun boleh bagi mengurangkan rasa masinnya. Lepas tu hiris halus2. Kemudian ambillah limau suri 2-3 biji, hiris dan perah jusnya atas hirisan lobak masin tersebut. Hiris bawang putih 2-3 ulas. Ambik ikan bilis, secubit belacan, daun saderi dan cili api. Gaulkan sekali. Tambah garam dan perasa ikut selera. Kalau ada obor2 masin lagi sedap. Setelah dihiris gaulkan sekali dengan bahan2 di atas…slmt mencuba

3 | Maz

June 11th, 2013 at 7:18 am

Avatar

masak dengan kerang sedap….kalau baru bangun demam berselera makan sebab ada rasa masam-masam.Masak dengan kerang macam kita masak sambal tumis…wow sedapnya.Tapi jangan bubuh garam sebab lobak dah masin

4 | sal

June 26th, 2013 at 6:26 am

Avatar

sedap ni..basuh or rendam dlm air dulu bagi kurang masin, potong kecik2, cili api..bawang merah, bawang besar ngan bawang putih..cara2 tumis bawang..letak sayur yang dah dihiris-hiris..pastu pecahkan telur..gaul2…sedappppppp….. makan ngan nasi panas.. takyah lauk pun boleh tambah 2 pinggan.. try la..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4079
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014