14 Apr, 2013

Buah Katak Puru paling popular ?

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buah-katak-puru

Percaya atau tidak, buah Katak Puru atau juga dikenali dengan buah nam-nam merupakan salah satu buah nadir yang popular di Malaysia. Buah Katak Puru masih lagi dijumpai di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak (tidak ketahui). Ini dibuktikan dengan perkongsian oleh rakan-rakan di Fanpage ini. Ramai yang memberi komen dan ulasan mengenai buah ini. Ini menunjukkan ramai yang masih mengenali dan pernah menikmati rasa buah katak puru ini. Tahniah !!

buah-katak-puru2

Bagi peminat buah ini, buah katak puru memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kicap atau kuah rojak. Rasanya masam-masam manis apabila sudah hampir masak. Ada sesetengan tempat yang menggunakan buah ini untuk dibuat kerabu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan/daging/ayam.

buah-katak-puru3

Dari segi khasiat perubatan, buah ini dipercayai amat baik untuk merawat pesakit darah tinggi. Sejauh mana keberkesannya, anda yang pernah mencuba boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :15823

8 Responses to "Buah Katak Puru paling popular ?"

1 | ct

May 26th, 2013 at 2:24 pm

Avatar

Buahnye makan cicah colek sedap,buat masak asam pedas pun boleh.kat belakang rumah saya ada tanam pokok; pucuknye makan ngan garam kasar sedap n buat ulam cicah budu pun sedap. Mak sy pula minum air rebusan anak pokok n buah muda; katanye ubat darah tinggi n kencing manis

2 | oha

June 22nd, 2013 at 5:53 am

Avatar

Tlg bgtau temp at n no telefon.nak Sgt Bush nam nam nice tuk bust ubat..tlg tlg…

3 | Din

July 19th, 2014 at 11:40 pm

Avatar

Salam..leh emailkan kat saya mana boleh saya dpatkan buah bam nam ni?wife tgh pregnant n teringin nak makan…thank you in advanced..

4 | latipahkamol

August 1st, 2014 at 1:22 pm

Avatar

saya makan buah nam nam untuk merawat kencing manis…alhamdulillah ada hasilnya setelah makan buah ini…rasanya masam manis dan sedap juga

5 | erine

November 16th, 2014 at 2:31 am

Avatar

buah yang rasanya masam2 manis ini banyak terdapat di rumah saya. Buahnya luruh begitu sahaja. Dah jadi baja pulak pada pokoknya, tiada yang nak makan. Anak2 pun dah jemu. sapa2 nak..jom mai ambik jer

6 | adamzakuan

January 10th, 2015 at 9:57 am

Avatar

area kg byk buah ni, pnh jmpa ada jua dkt psar tanjung malim.. 🙂

7 | hamida bee

April 7th, 2015 at 8:23 am

Avatar

pokoknya tak tinggi berdaun lembut ,buah-buahya melekat kat batang tepatnya dekat perdu pokok.rasanya kelat ketika muda bila masa krasa masam-masan manis .kesukaan saya

8 | Esyahumaira

June 11th, 2015 at 4:07 pm

Avatar

Bestnye bc info buah2 ni..buah katak puru aka nam nam memang dh payah nk jmpa buah ni skrg..tp sy masih beruntung sebab masih ade lg pokok ni kt tepi umh sy kt kg.bila time pokok ni lebat berbuah memang best cicah dgn garam pun dh sedap..ape lg lau wt sambal gula garam cili n kicap..hihii

Comment Form

Categories

Share on Facebook

4056
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014