11 Mar, 2013

Buah Kantan

Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan|@Sayur Tradisional

buah-kantan1
Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan buah kantan jika hendak dibandingkan dengan bunga kantan. Jika bunga kantan tidak dipetik atau diambil, maka bunga kantan akan menghasilkan buah.  Mungkin ada sebahagiannya juga pernah lihat pokok kantan mengeluarkan buah tetapi tidak mengetahui, buahnya juga boleh dimakan. Rasanya yang sedikit masam mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.

buah-kantan2

Di Sabah dan Sarawak, buah kantan bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan masyarakat di sana  kerana ramai peniaga yang menjual buah kantan di pasar-pasar tamu dengan harga yang murah. Menurut peniaga yang saya temui di sana. Mereka jadikan buah kantan sebagai ulam di makan bersama nasi panas.

buah-kantan3

Menurut pengamal perubatan tradisional, buah kantan juga boleh di rebus dan dijadikan sebagai minuman bagi mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

buah-kantan5

Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsikan mengenai buah kantan, bunga kantan mahupun pokok kantan, saya amat alu-alukan.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :11800

3 Responses to "Buah Kantan"

1 | rosmpkmn

March 12th, 2013 at 6:46 am

Avatar

tak pernah makan dan tak pernah tahu pun boleh dimakan. biasa kalau ada tu, dicantas dan buang saja.

2 | Andika

March 14th, 2013 at 2:18 pm

Avatar

memang prnah tengok org jual kat pasar tamu serian tp tak perasan pulak ianya buah kantan, boleh d mkn pulak tu. Tambah mengecur air liur saya bila membaca ulasan sdri zainab mohd noor, rasa teruja sgt nak cuba…..terima kasih krn beri info ini ya.

3 | adamzakuan

January 10th, 2015 at 11:40 am

Avatar

nk sedap, kena tggu betul2 masak baru rasa masam2 manis.. klau sempat tggu la, dtg burung kepunan le

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3955
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014