
Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan buah kantan jika hendak dibandingkan dengan bunga kantan. Jika bunga kantan tidak dipetik atau diambil, maka bunga kantan akan menghasilkan buah. Mungkin ada sebahagiannya juga pernah lihat pokok kantan mengeluarkan buah tetapi tidak mengetahui, buahnya juga boleh dimakan. Rasanya yang sedikit masam mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.
Di Sabah dan Sarawak, buah kantan bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan masyarakat di sana kerana ramai peniaga yang menjual buah kantan di pasar-pasar tamu dengan harga yang murah. Menurut peniaga yang saya temui di sana. Mereka jadikan buah kantan sebagai ulam di makan bersama nasi panas.
Menurut pengamal perubatan tradisional, buah kantan juga boleh di rebus dan dijadikan sebagai minuman bagi mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsikan mengenai buah kantan, bunga kantan mahupun pokok kantan, saya amat alu-alukan.




