05 Mar, 2013

Sabut Petola

Posted by: admin In: Artikel

sabut-petola

Bila disebut sayur petola sudah tentu ramai yang terbayangkan buahnya yang bersegi dan berwarna hijau gelap. Namun, tidak semua yang mengenali sabut petola apatah lagi generasi muda sekarang. Sabut petola asalnya adalah dari buah yang dibiarkan sehingga tua dan menjadi kering.  Bila dibuang kulit luarnya maka kelihatanlah sabut yang berkerawang. Memang unik dan indah ciptaan Allah s.w.t.

Tahukah anda, sabut petola secara tradisinya di gunakan sebagai span pencuci pinggan, malah dipercayai kualitinya jauh lebih baik kerana ia tidak memerangkap minyak. Bukan itu sahaja, sabut petola juga boleh digunakan untuk gosok  daki di  kaki dan juga badan.

sabut-petola2

Jika di Semenanjung, sabut petola memang jarang dijumpai dijual. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang masih menjual sabut petola ini khususnya pemilik kedai berbangsa Cina. Di Sarawak berbeza pula, sabut petola sememangnya banyak dijumpai dijual di pasar-pasar tamu mengikut harga yang ditetapkan berdasarkan saiz. Harga sabut petola boleh mencecah sehingga RM7 / pcs. Sejauh mana penggunaan sabut kelapa di sana, penulis sendiri tidak pasti.

Jika anda ada sesuatu untuk dikongsikan, saya amat alu-alukannya.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1274

2 Responses to "Sabut Petola"

1 | Andika

March 7th, 2013 at 1:50 pm

Avatar

Di pasar tamu serian sarawak memang banyak dijual sabut petola. Harganya dari RM5-RM2 ikut saiz. Baunya agak wangi kalau sabutnya masih baru. Generasi tua memang gemar menggunakan sabut petola ini untuk menggosok badan sewaktu mandi dan juga digunakan sebagai span untuk mencuci pinggan mangkuk. Di Amerika Syarikat sebelum perang dunia kedua sabut petola digunakan sebagai filter/penapis udara untuk injin-injin diesel.

2 | azhar ismail

November 9th, 2013 at 10:26 am

Avatar

macamana kalau saya nk dapatkan petola sarang ini maksud saya adakah anda ada menjualnya…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • emark: Daun sabung lebih nipis,pokok tidak sebesar pokok malinjau,kulit buah licin berkilauan,temporong buah masak berwarna coklat kekuningan,rasa bauh kuran
  • matron: sy tanam pokok casia fistula di tepi jalan, tapi dah masuk 2 kali mati, tuan ada cdgn untuk penjagaan pokok casia fistula? untuk pengetahuan tuan poko
  • J.H: di sabah dikenali sebagai bambangan.. ada yang manis.. ada yang masam.. sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama ikan masin/cili padi/garam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 29580 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 27498 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 26694 hits
Ulam-Ulaman - 24779 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 23882 hits
Buah Mentega - 23243 hits
Khasiat Lobak Putih - 21288 hits
Buah Kesusu - 21269 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 20950 hits
Pokok Pecah Kaca - 20115 hits
Buah Markisa - 19407 hits
Buah Berembang - 18631 hits
Pokok Bonsai - 17647 hits
Bunga Ros Jepun - 17263 hits
Pisang Raja Udang - 17165 hits