04 Feb, 2013

Buah Rotan Sarawak

Posted by: admin In: Artikel

buah-maram-buah-rotan

Pasar Tamu di Sarawak memang popular dengan jualan hasil-hasil hutan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara buah-buahan liar  tidak bermusim yang terkenal di Sarawak ialah buah Rotan atau nama saintifiknya  Calamus spp. Buah Rotan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan variasi warna. Ada sesetengah orang yang terkeliru kerana kulit buah ini seakan-akan buah kelubi.

buah-maram-buah-rotan3

Diketahui, kebanyakkan buah rotan di Semenanjung mempunyai saiz buah yang lebih kecil berbanding dengan buah rotan di Sarawak di mana saiznya lebih besar. Spesis atau jenis pokok rotan tersebut membezakan ciri-ciri buah tersebut. Penulis sempat mencuba merasai buah rotan dari Sarawak yang didapati banyak dijual di Pasar Tamu Bintulu. Rasa isinya masam seakan buah kelubi berbanding buah rotan di sini, rasanya kelat dan sedikit manis.

buah-maram-buah-rotan2

Tahukah anda, menurut sumber terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung. Antara rotan yang popular digunakan secara komersil ialah rotan Manau. Namun sayangnya, penulis masih belum berkesempatan untuk melihat pokok rotan dengan lensa mata yang sebenar. Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai pokok rotan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :11779

4 Responses to "Buah Rotan Sarawak"

1 | Andika

February 11th, 2013 at 1:23 pm

Avatar

rasanya kelat2 manis. Ada banyak jenis tp belum lg terjumpa buah rotan yg betul2 sedap. Saiznya hanya sebesar hujung ibu jari. Rotan termasuk dalam keluarga palma, jd tak heranlah kalau buahnya menyerupai buah asam paya atau buah salak. Sepupulah tu barangkali…he he he

2 | salmiah

September 26th, 2013 at 6:19 am

Avatar

tak pernah lagi makan buah ni…nampak cam sedap je..

3 | adamzakuan

January 10th, 2015 at 9:22 am

Avatar

buah rotan manau 🙂 sedap, my fvrte, mkn smpai berkarat gigi hihihi

4 | A.Syamim

May 10th, 2016 at 6:34 am

Avatar

Baru dapat pagi tadi.
Rasanya masam & kelat, mungkin muda lagi.
Tapi bijinya macam boleh makan.
Rasa lemak2.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3907
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014