09 Feb, 2013

Buah Kulor

Posted by: admin In: Artikel

buah-kelor-buah-kamansi

Sekilas pandang mungkin ramai yang menyangkanya buah sukun (Artocarpus altilis). Namun, jika dilihat dari rupa luarannya, ia sedikit berbeza berbanding buah sukun yang tidak mempunyai kulit yang berduri. Buah Kulor atau nama saintifiknya Artocarpus camansi memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak ia lebih popular dengan nama buah kamangsi dan buah pulor. Di beberapa negeri yang lain, ada juga yang menyebutnya buah keluwih.

Dalam English, buah sukun dipanggil breadfruit manakala buah kulor pula disebut breadnut. Nak tahu kenapa? Salah satu sebabnya ialah buah sukun tidak mempunyai biji manakala buah kulor atau buah kamansi ini mempunyai biji yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.

buah-kelor-buah-kamansi2

Kebiasaanya, seperti juga buah nangka muda, buah kulor muda ini juga sedap dibuat masak sayur lemak dan tidak sesuai digoreng seperti buah sukun. Menurut perkongsian dari rakan-rakan, apabila buah matang bijinya akan menjadi lebih keras seperti gambar dibawah.  Biji ini boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Rasanya lembut dan empuk seperti isi ubi kentang direbus. Selain itu, ia juga boleh diguna pengganti ubi kentang di dalam masakan kari.

buah-kelor-buah-kamansi3

Daripada rujukan, pokok ini hanya boleh dibiakkan melalui biji benih. Ini disebabkan pokok kulor tidak boleh dibiakkan melalui keratan akar.  Tidak seperti pokok sukun yang boleh mengeluarkan pucuk dari akarnya. Biji benih pokok kulor boleh bercambah di antara 10-14hari. Nak tahu lebih lagi mengenai buah ini silalah baca di sini.

buah-kelor-buah-kamansi4

Jika anda mempunyai cerita di sebalik buah ini, bolehlah kongsikannya di sini. Bak kata orang putih “Sharing is Caring”.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :12955

5 Responses to "Buah Kulor"

1 | rosmpkmn

February 12th, 2013 at 3:49 am

Avatar

bukan buah terap ke? kalau kat terengganu buah terap memang orang tak makan, dibiarkan bersepah aje.

2 | Andika

February 15th, 2013 at 2:54 pm

Avatar

salam sdr fazlisyam. Di tempat kami di daerah saribas sarawak buah ini dinamakan buah pulor. Buah ini dipetik masa masih muda untuk dibuat sayur. Kalau sudah tua bijinya akan jatuh ke tanah dipunggut untuk direbus. Rasanya lebih sedap dari biji cempedak rebus. Waktu merebusnya campurkan garam sedikit bagi menambah rasa lemaknya. Biasanya ia dinikmati dengan air kopi panas di kampung2. Sedap….
Sekarang buah ini banyak dijual di pasar2 tamu di sarawak dengan harga RM1-RM2 sebiji ikut saiz. Bagi yang berpengalaman tentulah memilih buah yang bersaiz kecil kerana buahnya masih muda. Sebelum dibuat sayur kulitnya dikupas terlebih dahulu. Bagi keluarga saya masakan yang kami gemari ialah masakan tumis bumbu pedas. Biasanya kalau dimasak sekali dengan udang senek (di semenanjung dipanggil udang bendang atau udang gantung) lagi sedap. Hem…tentu sdr Fazlisyam terliur dengan cerita saya ni…ha ha ha

3 | Andika

February 15th, 2013 at 3:21 pm

Avatar

dalam gambar kedua tu terdapat gambar umbut palah. Pokok palah ini ialah sejenis pokok palma. Daunnya dikenali sebagai daun palah digunakan untuk membungkus kuih kelupis iaitu sejenis kuih tradisional melayu sarawak dan untuk membuat terendak sejenis topi tradisional melayu dan melanau. Umbut palah pula boleh dijadikan sayur dengan rasa sedikit pahit. Biasanya dijual 3 batang seikat dengan harga RM2 sahaja. Pokok palah biasanya terdapat dalam hutan berpaya di sarawak sama seperti habitat asam paya juga. Walau bagaimana pun ramai pekebun telah menanamnya sendiri di kebun-kebun kerana bekalan dari sumber liar semakin sukar di dapati dengan pemusnahan hutan secara besar-besaran oleh penanaman kelapa sawit.
Cara masakan yang paling sesuai ialah sama seperti masakan buah pulor.

4 | admin

February 19th, 2013 at 10:35 am

Avatar

Terima Kasih tuan Andika dengan info tersebut.. memang menarik sekali.. satu info yg baru.

5 | Makbonda

February 19th, 2013 at 1:00 pm

Avatar

Kami panggil keluih.Tapi masyarakat banjar memanggilnya buah kulor.

Pokoknya terlalu tinggi,perlu menggunakan galah yang panjang untuk memetik. Metos dari pokok ini ialah biasanya penenam tidak merasa menikmati buahnya kerana telah meninggal dunia…sebenarnya untuk menggambarkan betama lamanya pokok ini berbuah.

Biji yang telah tua,bila direbus seperti buah berangan.Tapi jaga-jaga,selepas makan bersedia untuk kentut berkali-kali 🙂

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3929
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014