12 Feb, 2013

Daun Sabung vs Daun Melinjau

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

daun-sabung

Siapa sangka daun yang diikat dengan sebegitu kemas rupa-rupanya daun melinjau yang terkenal di kalangan orang Jawa di Malaysia. Penulis sendiri juga hampir tidak dapat mengenali daun ini disebabkan rupabentuk daunnya yang sedikit berlainan. Daripada rujukan yang telah dibuat di beberapa buah Blog ternyata menunjukkan daun Melinjau adalah sama dengan Daun Sabung yang banyak terdapat di Sarawak.

daun-sabung4

Jadi, pada pandangan penulis, keumungkinan terdapat beberapa varieti atau jenis pokok Melinjau yang terdapat di Malaysia yang tidak diketahui umum kerana kurang kajian terhadapnya.

daun-sabung2

Daun Sabung memang amat digemari oleh masyarakat di Sarawak khususnya kaum Iban. Jadi, tidak hairanlah ia banyak dijual di pasar-pasar tamu di sana. Antara masakan yang digemari ialah daun sabung  direbus bersama dengan ikan sungai,  digoreng bersama ikan bilis, masakan sup ikan salai dan pelbagai jenis lagi resepi. Di Semenanjung, sayur ini lebih popular dimasak air atau gulai lemak putih.

daun-sabung3

Jika anda mempunyai resepi istimewa dari daun Sabung, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1332

6 Responses to "Daun Sabung vs Daun Melinjau"

1 | Andika

February 15th, 2013 at 2:34 pm

Avatar

salam sdr fazlisyam. Tak sangka daun sabung pun terdapat jugak dalam blog saudara, tahniah. Daun sabung ini memang terkenal sebagai sayuran di sarawak kerana rasanya lebih sedap dari cangkok manis.
Cuma sayang selalunya penjual menjual daun yang agak tua dan kurang rasa manisnya. Selain daripada daunnya, buahnya pun dibuat sayur juga, biasanya dicampur sekali dengan daunnya semasa memasaknya. Rasa buahnya seakan-akan buah kacang lemak2. Masakan yang selalu daun sabung ini ialah masak tumis ikan bilis.
Mengenai pokok sabung ini ianya tumbuh liar dalam hutan2 dara di tanah berbukit di sarawak dan juga dalam kebun2 getah tua. Tinggi pokoknya antara 1-3 meter saja. Ada 2 jenis iaitu pokok yang berdaun lebar dan yang berdaun tirus. Yang berdaun lebar kami namakannya sabung betina, yang berdaun tirus kami namakannya sabung lelaki. Rasa bagi kedua-dua jenis sabung ini adalah sama sahaja. Pucuk daun muda dipetik dari hujung dahan biasanya 2 helai saja. Daun yang masih terlalu muda biasanya dibiarkan sj manakala buahnya dipetik sekali walaupun ianya masih muda atau sudah masak. Buah yang masak berwarna merah terang manakala buah belum masak berwarna hijau daun. Pokok sabung berbuah mengikut musim tetapi pengeluaran daun muda sepanjang masa. Ada juga usaha untuk menanam pokok sabung ini di kebun2 tp kurang berjaya kerana pokok ini memerlukan tanah hutan yang kaya dengan nutrient selain memerlukan lindungan yang agak lebat.

2 | rosmpkmn

February 18th, 2013 at 5:24 am

Avatar

sdr andika, kat tempat saya di terengganu biasanya pokok melinjau memang di tanam. kalau nak cari yang tumbuh liar memang payah. biasa kami ambil pucuk untuk dimasukkan dlm bubur lambuk atau dimasak bening. buahnya pula diambil yang dah masak.
biasanya buah yang muda enak dimasukkan dlm masakan apa ya sdr andika?

3 | Makbonda

February 19th, 2013 at 12:50 pm

Avatar

Assalam.

Selain dari melinjau, juga melinjo dipanggil juga daun so.Sebelum masak buang dahulu tulang daun. Masak lemak bersama tempe,atau tumis bersama tempe.

Putiknya boleh di masak bersama daun. Buahnya yang terlalu tua dan berwarna merah, keras dan kurang manis.

Paling terkenal bila dibuat emping.ada sedikit pahit-pahit tapi sedap.

4 | Andika

February 19th, 2013 at 1:56 pm

Avatar

semalam saya membeli semangkuk buah sabung (melinjau) di pasar tamu sri aman, buah masak bercampur sekali buah muda. Cari daunnya sudah habis dibeli orang. Saya masak tumis ikan bilis…sedap sussah nk explain….sdri ros boleh cuba

5 | rosmpkmn

February 20th, 2013 at 6:43 am

Avatar

ok, nnt saya cuba. terima kasih

6 | Andika

May 9th, 2013 at 2:42 pm

Avatar

sdr fazli, sy dpt tahu pokok melinjau tidak sama dengan pokok sabung yg terdapat di sarawak. Pokok sabung ternyata lebih kecil dan rendah, paling tinggi pun 5-6 kaki aja. Rata2 batang pokok sabung paling besar pun sebesar jari kaki org dewasa sj sedangkan batang pokok melinjau ada yang sebesar pokok pinang dan setinggi pokok kuini. Walau bagaimana pun daun dan buahnya memang menyerupai daun dan buah pokok sabung. Saya pernah merasa masakan sayur pokok ini iaitu daun dan buahnya, ketara sekali rasanya juga berbeza dari sayur pokok sabung. Pokok sabung di sarawak juga tidak ditanam sebaliknya diperolehi dari sumber liar yang hidup dalam hutan atau kebun pokok getah tua di kawasan yang berbukit.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • Haley Fulton: Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar.
  • Jesse P. Phillips: Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang bai
  • mohs radzuan tahir: di kawasan sungai buloh tuh dimana yer nk dapatkan anak pokok buah anggur?kalu ada minta no tepun nya nak call,nak satui pokok jer nak belajar tanam d

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23325 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21484 hits
Ulam-Ulaman - 18913 hits
Buah Mentega - 18031 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 17885 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 17789 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17537 hits
Pokok Pecah Kaca - 16961 hits
Khasiat Lobak Putih - 15989 hits
Buah Kesusu - 15773 hits
Buah Markisa - 15378 hits
Buah Berembang - 14462 hits
Buah Keriang Dot - 13553 hits
Rahsia Buah Delima - 13092 hits
Khasiat Daun Sirih - 12874 hits