Sekilas pandang mungkin ramai yang menyangkanya buah sukun (Artocarpus altilis). Namun, jika dilihat dari rupa luarannya, ia sedikit berbeza berbanding buah sukun yang tidak mempunyai kulit yang berduri. Buah Kulor atau nama saintifiknya Artocarpus camansi memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak ia lebih popular dengan nama buah kamangsi dan buah pulor. Di beberapa negeri yang lain, ada juga yang menyebutnya buah keluwih.
Dalam English, buah sukun dipanggil breadfruit manakala buah kulor pula disebut breadnut. Nak tahu kenapa? Salah satu sebabnya ialah buah sukun tidak mempunyai biji manakala buah kulor atau buah kamansi ini mempunyai biji yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Kebiasaanya, seperti juga buah nangka muda, buah kulor muda ini juga sedap dibuat masak sayur lemak dan tidak sesuai digoreng seperti buah sukun. Menurut perkongsian dari rakan-rakan, apabila buah matang bijinya akan menjadi lebih keras seperti gambar dibawah. Biji ini boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Rasanya lembut dan empuk seperti isi ubi kentang direbus. Selain itu, ia juga boleh diguna pengganti ubi kentang di dalam masakan kari.
Daripada rujukan, pokok ini hanya boleh dibiakkan melalui biji benih. Ini disebabkan pokok kulor tidak boleh dibiakkan melalui keratan akar. Tidak seperti pokok sukun yang boleh mengeluarkan pucuk dari akarnya. Biji benih pokok kulor boleh bercambah di antara 10-14hari. Nak tahu lebih lagi mengenai buah ini silalah baca di sini.
Jika anda mempunyai cerita di sebalik buah ini, bolehlah kongsikannya di sini. Bak kata orang putih “Sharing is Caring”.





