06 Feb, 2013

Daun Ketumpang Air

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

ketumpang-air
Siapa sangka pokok yang tumbuh liar di dalam pasu dan celah-celah parit ini boleh dimakan sebagai ulam mahupun dibuat sayur. Lebih menarik lagi ia juga dijual di salah sebuah pasar di Sabah. Gambar di atas merupakan kiriman seorang rakan yang ingin mengetahui nama pokok ini dan khasiat penggunaannya.

Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucid merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai pokok ini, anda boleh membacanya di sini.

untitled-2
Artikel kali ini saya cuma ingin berkongsi apa yang dikongsikan oleh rakan di FB mengenai pokok ini. Ada yang mengenali pokok ini sebagai bayam jepun , pokok rangu-rangu, sirih air dan sirih puteri. Mengenai khasiat pokok ini, ada yang memberitahu pokok ni dapat dijadikan ubat bagi jerawat batu dan dipercayai dapat memecahkan batu karang. Sejauh mana keberkesanannya, hanya mereka yang pernah mencubanya sahaja yang tahu.

Menurut rakan yang berasal dari sabah, mereka memang biasa makan sebagai ulam dan juga di tumis dengan bawang putih dan dicampur dengan sos tiram sahaja. Selain itu, boleh juga di campurkan dalam sup ayam.

Sampai di sini perkongsian saya mengenai pokok ketumpang air yang mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Jika anda juga mempunyai cerita mengenai tumbuhan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :982

2 Responses to "Daun Ketumpang Air"

1 | Andika

February 11th, 2013 at 3:06 pm

Avatar

tak sangka rumput yg jd musuh di kebun sy itu rupa2nya boleh dibuat sayur/ulam. Nak tanya empunya blog, tak ada sebut pasal kandungan nutrisinya kah? Kalau ada lg best sbb kita pun mau tau juga kandungan zat dlm pemakanan kita.

2 | rosmpkmn

February 12th, 2013 at 3:42 am

Avatar

biasanya saya hanya gunakan ketumpang air ni untuk merawat pening kepala dan demam. caranya ambil beberapa pokok (dari pucuk hingga ke akar), bersihkan dan lumatkan guna tangan kemudian sapu pada kepala.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • Haley Fulton: Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar.
  • Jesse P. Phillips: Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang bai
  • mohs radzuan tahir: di kawasan sungai buloh tuh dimana yer nk dapatkan anak pokok buah anggur?kalu ada minta no tepun nya nak call,nak satui pokok jer nak belajar tanam d

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23311 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21464 hits
Ulam-Ulaman - 18898 hits
Buah Mentega - 18009 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 17874 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 17675 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17515 hits
Pokok Pecah Kaca - 16938 hits
Khasiat Lobak Putih - 15963 hits
Buah Kesusu - 15755 hits
Buah Markisa - 15361 hits
Buah Berembang - 14451 hits
Buah Keriang Dot - 13540 hits
Rahsia Buah Delima - 13085 hits
Khasiat Daun Sirih - 12868 hits