19 Dec, 2012

Pokok Cemamar

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

cemumar

Pokok Cemamar atau nama saintifiknya Micromelum minutum jarang sekali orang mengenalinya berbanding dengan daun kari. Sekali pandang pokok cemumar memang seakan-akan pokok kari. Namun, kebiasaanya saiz daun pokok kari lebih kecil berbanding dengan pokok Cemamar.

Penulis pertama kali menjumpai pokok ini semasa melawat ke Taman Herba Negeri Perlis. Menurut rujukan, pokok ini banyak ditemui tumbuh liar, terutama di kawasan Selatan. Namun, daripada komen pembaca, pokok ini memang popular di kawasan sebelah utara.

cemumar2

Kelazimannya, daun pokok ini dimakan sebagai ulam. Menurut kata orang yang biasa makan,  daun cemumar rasanya pahit manakala daun kari tidak pahit. Benar atau tidak, anda yang pernah merasainya, boleh kongsikannya di sini. Selain dijadikan ulam, daun cemamar juga boleh direbus dan air rebusannya digunakan untuk mandian wanita lepas bersalin.

cemumar3

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada ‘anda-anda’ yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan. Jasa baik dan keprihatinan kalian semua, hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.


Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9367

3 Responses to "Pokok Cemamar"

1 | rosmpkmn

December 24th, 2012 at 5:06 am

Avatar

sebelum ni pokok ni ada tumbuh kat rumah mak mertua, saya ambil la masukkan dalam kari. mak mertua cakap ni bukan daun kari ni, ni pokok liar. memang kat tempat saya tak tahu kegunaan pokok ni sebab ianya tumbuh melata dan biasanya dimusnahkan aje. bila tengok dalam blog ni baru la tahu yang pokok cemumar ni pun boleh dimakan

2 | Tasniem

July 24th, 2016 at 2:22 pm

Avatar

Daun cemumar ni ada dua jenis, ada yang pahit dan ada yang tak pahit, rasa lemak-lemak… buat ulam, kalau dilayur dengan api lagi sedap…

Ada satu lagi daun yang sama dengan daun cemumar ni, Abah mak saya panggil daun memang (bahasa orang tua+tua) wanginya pun ada bezanya dengan wangi daun cemumar ni… saya memula pun silap jugak.

3 | Tasniem

July 24th, 2016 at 2:28 pm

Avatar

Pembetulan: *daun kemangi bukan daun memang (bila auto typo)

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3831
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014