24 Dec, 2012

Kacang Kelor

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

kacang-kelor
Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera memang tidak asing lagi pada masyarakat India. Tumbuhan ini juga dikenali dengan panggilan Remunggai di sesetengah tempat. Buah Kelor bersegi tiga dan panjang di antara 20-35cm.

kacang-kelor2

Kebiasaanya, buah kelor dijadikan bahan ramuan dalam masakan kari. Isi dan bijinya dimakan manakala kulitnya yang berserabut dibuang. Pucuk daun boleh dijadikan ulam atau dimasak sayur lemak.

kacang-kelor3

Menurut rujukan, buah remunggai juga mempunyai khasiat makanan yang tinggi terutama pucuk atau daun muda.

kacang-kelor4

Pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang atau semaian biji benih.

kacang-kelor5
Jika anda pernah memasak atau makan kacang ini, harap boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1474

6 Responses to "Kacang Kelor"

1 | haslida

December 27th, 2012 at 7:58 am

Avatar

kacang nie sedappp….kalau family sy…diaorg suka buat dalca..pehhhh…terbaik dari ladang….

2 | mesrarakyat

December 30th, 2012 at 6:39 am

Avatar

Assalamualaikum, kacang ni memang sedap dimakan masak kari, sy baru jumpa hari ini sejak 10 tahun yg lalu, minta izin kongsi web

3 | rosmpkmn

January 7th, 2013 at 2:50 am

Avatar

banyak terdapat kat tmpt saya, tapi saya cuba tanam kat rmh tak nak hidup pulak dia. tanah keras sgt kot. biasa saya ambil kat rmh mertua, ambil daun campur dlm bubur lambuk

4 | satya

January 14th, 2013 at 7:51 am

Avatar

buah kelo dikikis dulu kulitnya dengan pisau dan dipotong 3 atau 4 bahagian (jangan belah tengah). Cara paling senang nak masak ialah tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, sedikit halia, garam lepas tu masukkan buah kelo dan serbuk kari ikan dan masukan air. Air yang dimasukkan harus merendamkan buah kelo kerana buah kelo harus dimasak dengan lembut. Jikalau buah kelo mula jadi lembik dan kuah menjadi pekat, maksudnya ia sudah masak dan boleh dihidang.
:)

5 | Iman Sulaiman

January 31st, 2013 at 6:47 am

Avatar

Suatu ketika dulu, Ibu bagi tau, dalam satu ceramah di universiti ibu, Dato’ Hassan Din Al-Hafiz ada berpesan, orang yang belajar tahfiz perlu elak memakan beberapa jenis makanan, antaranya daun rempah dan buah ‘munggai’ ni kerana boleh mengikis ingatan.

6 | Razali Ahmad

February 9th, 2013 at 12:45 pm

Avatar

Pertama kali makan kacang kelo ni semasa aku masih lagi kecil. Mak masak kari bersama kacang kelo…isteri aku pulak masak kari bersama dal. Memang sedap.
Apabila mak dah meninggal dan sudah berpisah dengan isteri, bila terlihat pokok kelo, hati aku terasa teringin sangat nak makan masakan ini. Walaupun aku pandai memasak tapi aku terpaksa juga rujuk cara memasak kacang kelo ni melalui internet…
Fuhhh…memang aku ada bakat memasak, sedap…heheheee.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23295 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21451 hits
Ulam-Ulaman - 18875 hits
Buah Mentega - 17994 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 17868 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 17613 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17501 hits
Pokok Pecah Kaca - 16933 hits
Khasiat Lobak Putih - 15946 hits
Buah Kesusu - 15743 hits
Buah Markisa - 15349 hits
Buah Berembang - 14435 hits
Buah Keriang Dot - 13532 hits
Rahsia Buah Delima - 13078 hits
Khasiat Daun Sirih - 12867 hits