Taman Botani Singapura

taman-botani-singapura

Benarlah kata orang, Taman Botani Singapura dianggap sebagai salah satu taman botani yang tercantik di dunia. Penulis sempat mencuri masa mengunjungi Singapore Botanic Garden yang terletak di Cluny Road, Singapura.

Namun, kebatasan waktu telah menghadkan kaki melangkah untuk terus melihat keindahan alam yang tiada penghujungnya. Jadi, hanya sedikit ilmu yang dapat dikutip untuk kunjungan kali pertama ini. InsyaAllah, jika diberi kelapangan, Penulis akan kembali lagi. taman-botani-singapura2

Taman yang mempunyai keluasan lebih kurang 70 hektar ditanam dengan pelbagai tumbuhan tropika dan juga dalam pelbagai rekabentuk landskap. Taman ini adalah taman botani yang satu-satunya dibuka dari pukul 5 pagi hingga 12 malam. Masuk pula Percuma!!

taman-botani-singapura14

Idea membina Taman Botani Singapura bermula pada tahun 1822 apabila Sir Stamford Raffles membina taman seumpamanya yang pertama di Fort Canning.   Tahukah anda ? Tumbuhan yang pertama diperkenalkan di taman ini ialah pokok getah yang ditanam pada tahun 1877. Pada tahun 1920-an bermulalah penanaman orkid.

Antara gambar yang sempat saya rakamkan….

taman-botani-singapura4

Pokok Cannonball. Di Taman Botani Pulau Pinang pun ada.

taman-botani-singapura3

Pokok apa agaknya? Saiz daunnya agak besar.

taman-botani-singapura5

Cerita Pokok Tembusu yang terdapat di dalam matawang Singapura

taman-botani-singapura6

Pokok Talipot Palm (Corypha umbraculifera)  yang dipercayai hanya mengeluarkan bunga diantara 30-80 tahun sahaja.

taman-botani-singapura7

Bunga Pokok Talipot Palm memang unik dan tidak seperti bunga palma yang lain.

taman-botani-singapura10

Taman Kaktus yang cantik dan bersih sekali.

taman-botani-singapura9

Pelbagai jenis pokok Bonsai juga turut dipamerkan

taman-botani-singapura11

Pokok Monkey Pot atau juga dikenali dengan nama Sapucaia Nut yang sedang mengeluarkan buah. Ada cerita disebalik nama buah ini. Di Malaysia ia dipanggil buah Sapukaya. Daripada rujukan, perkataan sapukaya sebenarnya berasal dari perkataan Sapucaia (sebutan bahasa Portugis). Sapucaia sebenarnya salah sebuah bandar yang terletak di Brazil. Jadi, pokok tempatan yang banyak terdapat dikawasan tersebut diberi nama Sapucaia Nut.

taman-botani-singapura12

Gambar buah di atas tentu ramai yang kenal…  khususnya orang Sabah dan Sarawak.

taman-botani-singapura13

Buah Kandis Hutan atau nama saintifiknya Garcinia nigrolineata.

taman-botani-singapura15

Pokok Lontar yang begitu tinggi sayup-sayup kelihatan. Di Malaysia, ia terkenal dengan nama pokok Kelapa Laut. Di Taman Botani Putrajaya pun ada pokok ini. Tidaklah setinggi ini.

taman-botani-singapura8

Di atas ini pula buah apa? Di bawah ini pula pokok apa? Kalau nak tahu jomlah berkunjung ke sana..

taman-botani-singapura16

Sampai di sini dahulu jari ini menulis. Mungkin perkongsian ini hanya 1 dari 1000 kisah yang terdapat di sana. Benarlah kata orang bijak pandai. Makin banyak  kita belajar, banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya.


Number of View :7861

Kacang Kelor

kacang-kelor
Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera memang tidak asing lagi pada masyarakat India. Tumbuhan ini juga dikenali dengan panggilan Remunggai di sesetengah tempat. Buah Kelor bersegi tiga dan panjang di antara 20-35cm.

kacang-kelor2

Kebiasaanya, buah kelor dijadikan bahan ramuan dalam masakan kari. Isi dan bijinya dimakan manakala kulitnya yang berserabut dibuang. Pucuk daun boleh dijadikan ulam atau dimasak sayur lemak.

kacang-kelor3

Menurut rujukan, buah remunggai juga mempunyai khasiat makanan yang tinggi terutama pucuk atau daun muda.

kacang-kelor4

Pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang atau semaian biji benih.

kacang-kelor5
Jika anda pernah memasak atau makan kacang ini, harap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :14924

Buah Ciplukan

buah-ciplukan

Buah Ciplukan atau nama saintifiknya Physalis angulata mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia. Penulis sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga sering terkeliru dengan pokok letup-letup (Passiflora Foetida).

Namun, sesetengah orang juga mengenali pokok ini dengan panggilan letup-letup disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup.
buah-ciplukan1
Di Indonesia, pokok ciplukan yang banyak tumbuh liar  ini sebenarnya sudah mula diberi tumpuan kerana diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak kajian yang telah dijalankan di Fakulti Teknologi Pertanian di Indonesia sehingga terhasil beberapa produk dari tumbuhan ini.

Antara penyakit yang dipercayai dapat dirawat ialah seperti kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar gula darah pada pesakit diabetes.

Number of View :11677

Pokok Cemamar

cemumar

Pokok Cemamar atau nama saintifiknya Micromelum minutum jarang sekali orang mengenalinya berbanding dengan daun kari. Sekali pandang pokok cemumar memang seakan-akan pokok kari. Namun, kebiasaanya saiz daun pokok kari lebih kecil berbanding dengan pokok Cemamar.

Penulis pertama kali menjumpai pokok ini semasa melawat ke Taman Herba Negeri Perlis. Menurut rujukan, pokok ini banyak ditemui tumbuh liar, terutama di kawasan Selatan. Namun, daripada komen pembaca, pokok ini memang popular di kawasan sebelah utara.

cemumar2

Kelazimannya, daun pokok ini dimakan sebagai ulam. Menurut kata orang yang biasa makan,  daun cemumar rasanya pahit manakala daun kari tidak pahit. Benar atau tidak, anda yang pernah merasainya, boleh kongsikannya di sini. Selain dijadikan ulam, daun cemamar juga boleh direbus dan air rebusannya digunakan untuk mandian wanita lepas bersalin.

cemumar3

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada ‘anda-anda’ yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan. Jasa baik dan keprihatinan kalian semua, hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.


Number of View :11539

Buah Remnia

buah-remnia

Buah Remnia (Bouea macrophylla) atau juga lebih popular dengan panggilan Remia memang sangat dikenali oleh masyarakat di Utara Malaysia. Buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning limau apabila masak.Walau bagaimanapun, buah ini sering dikelirukan dengan buah Kundang (Bouea oppositifolia) kerana rupa fizikalnya seakan-akan sama.

Penulis sendiri juga pernah tersilap memberi maklumat mengenai buah ini. Menurut rujukan, terdapat beberapa perbezaan yang jelas bagi mengenalpasti buah ini.

buah-remnia2

Yang pertama ialah perbezaan dari segi saiz pokok dan bentuk daun. Kedua ialah; bentuk buah. Kebiasaannya, bentuk buah remnia adalah hampir bulat manakala bentuk  buah kundang adalah sedikit bujur. Perbezaan yang ketiga ialah dari segi rasa. Buah Remnia rasanya masam-masam manis, manakala buah kundang rasanya masam dan juga mempunyai rasa yang manis terutama varieti yang dibawa masuk dari Thailand.

buah-remnia3

Dari segi kegunaan, buah yang masak boleh dimakan terus manakala buah muda atau yang hampir masak boleh dibuat jeruk dan sambal. Pucuk Remia juga dikatakan boleh dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam nasi ulam.

buah-remnia4

Jika anda mempunyai infomasi mengenai buah ini, silalah kongsikannya di sini.

Number of View :19019