15 Nov, 2012

Pisang Salai Indonesia

Posted by: admin In: Artikel

pisang-salai

Kesempatan bercuti ke Padang, Indonesia beberapa minggu yang lalu, penulis berkesempatan melawat ke tempat pembuatan pisang salai atau juga disebut ‘pisang sale’ di sana. Pisang yang digunakan untuk membuat pisang salai ialah dari pisang embun dan beberapa lagi jenis pisang yang lain. Kebiasaannya, pisang yang digunakan adalah pisang yang telah masak.

pisang-salai2

Pisang yang telah dikupas kulit, di hiris nipis dan dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan. Pisang yang telah dipotong akan bertukar bewarna coklat apabila terdedah pada udara. Pisang tersebut kemudian akan di susun di atas rak khas dan di salai menggunakan udara panas. Dahulunya pisang dijemur menggunakan cahaya terik matahari.

pisang-salai3

Setelah disalai, pisang tersebut seterusnya digoreng menggunakan tepung beras untuk menjadikannya lebih rangup. Hasilnya, terciptalah pisang salai yang enak dan manis. Harganya pun boleh tahan. Lebih kurang RM20/kg.

pisang-bakar

Selain pisang salai, pisang bakar juga popular di Indonesia. Cara membuatnya pun mudah sahaja. Pisang yang digunakan ialah pisang Abu ( di sana disebit pisanag kapok). Pisang tersebut dibakar menggunakan arang sehingga cukup garing dan mengeluarkan aroma. Kemudian, pisang tersebut dilenyek (ditekan) dan terciptalah pisang bakar . Pisang bakar ini boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama air gula merah.

pisang-bakar2

Jika anda pernah makan atau cuba membuatnya, bolehlah kongsikan kisah anda di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :10912

1 Response to "Pisang Salai Indonesia"

1 | lokman ahmad

December 31st, 2012 at 4:05 am

Avatar

salam tuan.
dimana boleh saya dapat pisang salai indonesia?

cal. 010 5363697

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3780
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014