14 Oct, 2012

Keladi Cina

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran|@Ubi

keladi-cina

Keladi Cina atau nama saintifiknya Colocasia esculenta berasal dari Asia Tenggara dan dipercayai ditanam sebelum tanaman padi. Keladi memang tidak asing lagi di Malaysia kerana ubinya boleh direbus, digoreng atau dikukus serta dibuat kuih muih. Di Malaysia, keladi yang popular di tanam adalah seperti Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Ais Krim dan beberapa jenis keladi lagi.

keladi-cina2

Menurut petani yang menanam keladi di Selangor, Keladi Cina lebih sukar ditanam berbanding dengan keladi lain disebabkan keladi ini mudah diserang penyakit dan perosak. Jadi, tidak hairanlah harganya boleh mencecah sehingga RM10-RM12/kg.

keladi-cina3

Keladi boleh dibiakkan secara tampang iaitu dengan menggunakan anak sulur keladi atau menggunakan tunas keladi dari umbisi.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :15378

1 Response to "Keladi Cina"

1 | Andika

February 9th, 2013 at 11:33 am

Avatar

semua keladi ada sulur yg dipanggil sulur keladi. Sulur ini berbentuk panjang sebesar batang pensil menyulur keluar dari perdu pokok keladi. Fungsinya sebagai satu kaedah pembiakan kerana keladi tidak mempunyai biji untuk disebarkan. Di hujung sulur keladi ini terdapat pucuk yg lama kelamaan menjadi anak keladi. Satu perkara yg sy ingin kongsikan dengan pembaca selain daripada ubi keladi, batang serta daun, sulur keladi pun sedap dimakan. Cara memasaknya yg paling sedap ialah dengan memasaknya dalam daun pisang. Setelah dibersihkan dan dibuang kulitnya, sulur keladi ini dipotong pendek2 lalu diramas dengan air asam jawa. Lepas itu hiris bawang merah, bawang putih dan sedikit garam dan serbuk perasa. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi. Taruk dalam oven atau atas bara api. Biar sampai masak baru buka. Sedap tak terkata…he he he

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3719
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014