Daun Capa

pokok-capa

Daun Capa (Blumea balsamifera) memang terkenal di kalangan penduduk kampung khususnya generasi terdahulu yang menggunakan daun ini sebagai bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin.

Penulis menemui pokok ini semasa melawat salah sebuah kampung yang terletak di daerah Yan, Kedah. Pokok  ini banyak tumbuh serta juga di tanam di sekitar rumah. Menurut pakcik yang ditemui, daun capa masih lagi digunakan sebagai ramuan mandian wanita lepas bersalin dan juga sebagai bahan campuran mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

pokok-capa1

Jika anda biasa menggunakan tumbuhan ini tidak kira dalam perubatan atau sebaliknya, silalah kongsikan cerita anda di sini.

Number of View :6527

Pucuk Cabang Tiga

pokok-cabang-tiga

Artikel kali ini, hanyalah update ringkas mengenai Pucuk Cabang Tiga yang penulis temui semasa membuat lawatan ke Bukit Gantang, Perak beberapa hari yang lalu. Pokok Cabang tiga ini sebenarnya adalah panggilan nama tempatan di beberapa tempat di daerah Perak termasuk di kawasan Teluk Intan. Pokok ini digelar dengan Cabang Tiga disebabkan setiap tangkai/pucuk mengeluarkan 3 helai daun.

Di Malaysia, pokok ini lebih popular dengan nama Tenggek Burung atau nama saintifiknya Euodia redleyi.

bunga-tenggek-burung

Pokok ini boleh membesar seperti pokok rambutan dan  mengeluarkan bunga bewarna putih serta buah yang banyak (seperti gambar di atas dan bawah).

buah-tenggek-burung

Jika anda mempunyai cerita mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :10988

Keladi Cina

keladi-cina

Keladi Cina atau nama saintifiknya Colocasia esculenta berasal dari Asia Tenggara dan dipercayai ditanam sebelum tanaman padi. Keladi memang tidak asing lagi di Malaysia kerana ubinya boleh direbus, digoreng atau dikukus serta dibuat kuih muih. Di Malaysia, keladi yang popular di tanam adalah seperti Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Ais Krim dan beberapa jenis keladi lagi.

keladi-cina2

Menurut petani yang menanam keladi di Selangor, Keladi Cina lebih sukar ditanam berbanding dengan keladi lain disebabkan keladi ini mudah diserang penyakit dan perosak. Jadi, tidak hairanlah harganya boleh mencecah sehingga RM10-RM12/kg.

keladi-cina3

Keladi boleh dibiakkan secara tampang iaitu dengan menggunakan anak sulur keladi atau menggunakan tunas keladi dari umbisi.

Number of View :15603

Bunga Durian Belanda

bunga-durian-belanda2

Buah Durian Belanda memang sudah ramai mengenalinya dan ia terkenal dengan jusnya yang enak selain khasiatnya yang tersendiri. Artikel kali adalah mengenai bunga durian belanda yang jarang orang mengenalinya dengan lebih dekat. Kebiasaannya durian belanda berbunga di sepanjang tahun.

bunga-durian-belanda

Bunga durian belanda berbentuk segitiga dan bertangkai pendek,  mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Bunganya bersifat hermaprodit dan mengeluarkan bau yang sederhana kuat, seakan bau isi buah durian belanda.

bunga-durian-belanda3

Bunga durian belanda terdapat dalam beberapa lapis yang dikelilingi oleh beberapa ovari. Filamennya pula pendek dan mempunyai cepu debunga yang banyak. Ia mengeluarkan debunga yang berwarna kuning, lekit dan bergetah.

Number of View :7172

Pokok Pandanus sanderi

pandanus-sanderi
Terdapat lebih kurang 700 genus pandanus yang terdapat di dunia. Genus ini kebiasaanya mempunyai daun yang panjang, runcing dan berduri. Di negara kita, daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius biasa digunakan dalam masakan kita seharian.

pandanus-sanderi2

Pokok Pandanus sanderi atau lebih juga dikenali dengan nama Screw Pine merupakan sejenis pandan yang agak besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Batangnya bercabang dan mengeluarkan akar udara. Daunnya berwarna kuning boleh mencapai 2 meter panjang atau lebih. Pokok ini dikatakan tumbuh dengan perlahan dan memerlukan cahaya matahari yang penuh untuk pertumbuhan yang baik.

pandanus-sanderi3

Kebiasaannya, pokok ini memang cantik dijadikan tanaman hiasan dan menyerlahkan landskap sesebuah taman. Jika anda melihat pokok ini dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke Taman Botani Putrajaya. Masuk Percuma!!

Number of View :9774