02 Sep, 2012

Pokok Bunga Cengkih

Posted by: admin In: Artikel

bunga-cengkih
Cengkih
atau nama saintifiknya Euginia aromaticum amat terkenal sebagai rempah ratus yang bernilai tinggi. Namun masih ramai yang belum mengetahui khasiat bunganya sebagai herba ubatan.  Cengkih adalah dari jenis tumbuhan yang berbatang pokok besar dan berkayu keras dan  tahan lama. Bunga Cengkih mempunyai bau aromatik yang kuat, keras dan pedas yang berbentuk kerucut. Kelopaknya pipih terbahagi empat, bahagian atasnya melitupi buah dan bentuknya berongga-rongga. Daun Cengkih pula, berwarna hijau dan berbentuk bulat telur mengunjur dengan bahagian hujung dan pangkalnya seperti bersudut.

bunga-cengkih2
Bunga dan buah Cengkih tumbuh pada hujung ranting dan dengan tangkai yang pendek seperti bertandan.  Pada usia  6 tahun ditanam, pokok Cengkih dikira telah matang dan mula menunjukkan kuncup-kuncup yang berwarna putih, kemudian hijau dan akhirnya merah dan boleh digunakan untuk perubatan. Setelah bunga Cengkih dipetik dan dibiarkan kering, ia akan bertukar kepada warna coklat kehitaman. Tumbuhan herba ini akan hidup lebih subur jika mendapat saliran air yang mencukupi dan mendapat sinaran matahari yang cukup.
bunga-cengkih3

Bunga Cengkih yang dicampurkan bersama kulit kayu manis dan direbus, kemudian dijadikan air kumuran mampu mengawal pernafasan yang berbau. Air rebusannya juga apabila diminum berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dan meredakan sengal-sengal tulang.  Selain itu, bagi pengamal perubatan tradisional, Cengkih yang kering dikunyah atau direndam ke dalam air dipercayai mampu menambahkan denyutan jantung dan menambah sel darah putih. Bagi merawat penyakit campak pula, bunga Cengkih dan gula batu direndam lalu diminum. Amalkannya sehingga penyakit campak itu sembuh.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :11655

1 Response to "Pokok Bunga Cengkih"

1 | Aisyah Yusoff

May 6th, 2014 at 6:27 am

Avatar

Assalamualaikum
maaf tumpang bertanya,
dari mana ye encik dapat gambar pokok bunga cengkih ni?

saya ingin membuat kajian untuk thesis master tentang khasiat pokok ini.
mohon jasa baik encik untuk reply ke email saya ya.
saya dahului dengan ucapan terima kasih.

wassalam.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3657
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014