Labu Siam

labu-siam
Buahnya seakan jambu tetapi ia sebenarnya ia merupakan sejenis sayur  yang banyak digunakan oleh kaum Cina. Labu siam atau nama saintifiknya Sechium edule merupakan sejenis tumbuhan menjalar, sebenarnya bukan berasal dari Siam atau Thailand sebaliknya dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan kemudian dibawa oleh orang Belanda ke seleuruh dunia. Terdapat dua jenis labu siam yang diketahui iaitu berkulit licin dan yang berduri kecil.

labu-siam2

Kebiasaanya, Labu siam dimasak sebagai sayur, misalnya ditumis dengan cili atau dijadikan ramuan dalam masakan sup. Ada juga yang menggunakan dalam masakan lemak cili padi dan yang paling menarik sayur ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai rojak, iaitu dimakan mentah dicicah dengan kuah rojak.

labu-siam4

Dari segi khasiat perubatan, Labu Siam dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit batu karang, dan mampu menurunkan kadar kolestrol. Banyak lagi khasiat sebenarnya yang terkandung di dalam Labu Siam ini. Anda boleh merujuk di internet jika ingin mengetahuinya dan anda akan terkejut bahawa rakyat Indonesia sudah lama menggunakan sayuran ini dalam masakan harian.

labu-siam3

Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai Labu Siam ini, atau ingin berkongsi resepi masakan menggunakan Labu Siam,  silalah coretkannya di ruangan ini.

Number of View :9071

Akar Teratai

akar-teratai22
Di negara China, tumbuhan Teratai sudah tidak asing lagi digunakan sejak sekian lama sebagai keperluan kecantikan dan ubat-ubatan. Jadi tidak hairanlah, kebanyakkan masyarakat Cina di Malaysia menggemari akar teratai untuk dijadikan sebagai ramuan dalam masakan.

Penulis sendiri belum pernah mencuba menggunakan akar ini. Jadi, penulis sendiri tidak tahu apa sebenarnya rasa akar teratai ini. Apa kata mereka yang pernah mencubanya ?
akar-teratai2

Tidak sangka, bukan sekadar dijadikan ramuan masakan sup tetapi banyak resepi yang boleh dicipta menggunakan akar teratai ini. Yang menariknya, akar teratai boleh dipotong hiris-hiris, dicelop tepung kemudian digoreng.

akar-teratai

Khasiat akar  Teratai juga tidak dinafikan mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Akarnya mengandungi karbohidrat tinggi berkhasiat mengubati diabetes, mencegah sembelit, mencuci air kencing,  melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta meningkatkan stamina. Jika anda mempunyai sebarang resepi atau khasiat lain mengenai tumbuhan ini, bolehlah dikongsikan disini.

Number of View :9259

Pisang Rastali

pisang-rastali4

Ada yang menyangkakan pisang Pisang Rastali dan pisang emas seakan-akan pisang yang sama. Namun, ia sebenarnya dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya kekuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga ada sedikit kelainan. Penulis sendiri hanya beberapa kali dapat merasai pisang rastali ini. Memang benar ada pendapat yang menyatakan Pisang rastali semakin sukar untuk ditemui kerana disebabkan nilai komersialnya yang kurang. Penulis juga  merasakan pisang ini tidaklah enak berbanding dengan pisang emas atau pisang lemak manis. Namun, rupa-rupanya jika ingin makan pisang ini perlu tunggu pisang ini betul-betul masak atau ranum. Baru sedap dimakan !! Jika tidak pisang ini rasanya kelat.

pisang-rastali2

Di sebelah pantai Tumur, pisang rastali ini lebih popular dengan nama kelat keling dan sebahagian tempat menyebutnya pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu kelat keling, kelat air dan kelat lega. Pisang kelat lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya pisang kelat keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian.

pisang-rastali3

Ada lain pendapat juga menyatakan terdapat 2 jenis pisang rastali iaitu pisang yang disebut Kelat Keling ( kulit sedikit kecoklatan dan berbintik, rasa kelat dan lemak manis). Sejenis pisang lagi ialah selalu digunakan oleh orang Hindu untuk upacara keugamaan. Buahnya ada rasa kemasaman dan kurang  berbintik. Buah jeni  ini dikatakan sama seperti gambar di atas.

Sejauh mana pendapat di atas benar, saya sendiri kurang maklumat dan mengharapkan anda yang mempunyai pengalaman dapat kongsikan sesuatu di sini.

Number of View :12415

Pokok Bunga Cengkih

bunga-cengkih
Cengkih
atau nama saintifiknya Euginia aromaticum amat terkenal sebagai rempah ratus yang bernilai tinggi. Namun masih ramai yang belum mengetahui khasiat bunganya sebagai herba ubatan.  Cengkih adalah dari jenis tumbuhan yang berbatang pokok besar dan berkayu keras dan  tahan lama. Bunga Cengkih mempunyai bau aromatik yang kuat, keras dan pedas yang berbentuk kerucut. Kelopaknya pipih terbahagi empat, bahagian atasnya melitupi buah dan bentuknya berongga-rongga. Daun Cengkih pula, berwarna hijau dan berbentuk bulat telur mengunjur dengan bahagian hujung dan pangkalnya seperti bersudut.

bunga-cengkih2
Bunga dan buah Cengkih tumbuh pada hujung ranting dan dengan tangkai yang pendek seperti bertandan.  Pada usia  6 tahun ditanam, pokok Cengkih dikira telah matang dan mula menunjukkan kuncup-kuncup yang berwarna putih, kemudian hijau dan akhirnya merah dan boleh digunakan untuk perubatan. Setelah bunga Cengkih dipetik dan dibiarkan kering, ia akan bertukar kepada warna coklat kehitaman. Tumbuhan herba ini akan hidup lebih subur jika mendapat saliran air yang mencukupi dan mendapat sinaran matahari yang cukup.
bunga-cengkih3

Bunga Cengkih yang dicampurkan bersama kulit kayu manis dan direbus, kemudian dijadikan air kumuran mampu mengawal pernafasan yang berbau. Air rebusannya juga apabila diminum berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dan meredakan sengal-sengal tulang.  Selain itu, bagi pengamal perubatan tradisional, Cengkih yang kering dikunyah atau direndam ke dalam air dipercayai mampu menambahkan denyutan jantung dan menambah sel darah putih. Bagi merawat penyakit campak pula, bunga Cengkih dan gula batu direndam lalu diminum. Amalkannya sehingga penyakit campak itu sembuh.

Number of View :12936