11 Aug, 2012

Pokok Sansevieria

Posted by: admin In: Lidah Buaya|Lidah Jin

pokok-lidah-jin

Kebanyakan pokok Sansevieria dikatakan berasal dari padang pasir di Afrika. la ditanam kerana mempunyai daun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis serta panjang dan tirus di hujungnya. Spesies yang sering ditanam ialah Sansevieria trifasciata, Sansevieria trifasciata ‘Hahnii’, Sansevieria trifasciata ‘Laurenti’ dan Sansevieria trifasciata ‘Golden Hahnii’ yang mempunyai jalur kuning di bahagian tepi daunnya.
pokok-lidah-jin2

Pembiakan dan penanaman
la senang dibiakkan dengan menggunakan kaedah pembelahan rumpun. Kaedahnya adalah seperti berikut:-

  • Penyiraman dilakukan sebelum mengeluarkan rumpun pokok dari pasunya atau di tanah. Ianya bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan rumpun berkenaan.
  • Pecahkan rumpunnya kepada rumpun kecil yang mempunyai beberapa helai daun.
  • Tanam dalam beberapa pasu dengan medium tanaman baru. Siram medium tanaman dan letakkannya di tempat teduh.

Selain dibiak secara rumpun, pokok ini  juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan daun.

pokok-lidah-jin3

Pokok sesuai ditanam dalam pelbagai jenis campuran tanah asalkan air tidak bertakung dan mudah mengalir keluar. Dari segi penjagaan ia memang mudah. Pokok ini sesuai dalam pelbagai keadaan samada di tempat teduh atau cahaya terus matahari.

Jangan siram air terlalu banyak di dalam medium tanah kerana akan mengakibatkan perdu pokoknya menjadi masam dan akarnya reput secara perlahan lahan. Pastikan medium tanamannya kering sebelum menyiramnya semula. Gunakan baja korganik seperti kompos atau najis ayam yang siap diproses bagi mendapatkan pertumbuhan daun yang cantik.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13636

2 Responses to "Pokok Sansevieria"

1 | ZAEHMAH SYED HASSAN

December 13th, 2012 at 5:30 am

Avatar

Ohh..di kampung orang panggli pokok lidah jin sebab dia hijau berbelang dan ade line kuning di bahagian tepinya,agaknya jin semua dah tak de lidah sebah dah diambil manusia tanam dalam pasu sama macam lidah buaya atau aloevera tu , semua boleh jadi ubat kan?

2 | Andika

February 15th, 2013 at 3:57 pm

Avatar

di kampung sy dipanggil dengan nama pokok pedang saidina Ali kerana ia menyerupai pedang. Kenapa tak dipanggil pedang pahlawan melayu kot?…

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3637
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014