10 Jul, 2012

Durian Udang Merah

Posted by: admin In: @Harga Sayur/Buah|@Tanaman Buah

durian-udang-merah

Durian Udang Merah, memang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pencinta durian khususnya mereka yang tinggal di Pulau Pinang. Durian yang berasal dari Balik Pulau ini merupakan di antara durian yang terbaik dari segi rasanya. Di kalangan masyarakat Cina di sana ia di sebut sebagai Durian Ang-Hae. Durian ini mampu mencapai berat 3 kg ini telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dengan no. pendaftaran D175 pada tahun 1990.

image

Musim buah kali ini, penulis telah mendapat peluang merasa sebiji durian udang merah yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.  Dengan harga RM12/kg, penulis membayar sebanyak RM25 RM24/sebiji untuk buah yang beratnya 2.1 kg. Setelah dibuka kulitnya, terserlah isi yang berwarna kuning, tebal, teksturnya halus, lembik dan rasa yang lemak manis. Walaupun hanya sebiji, cukup untuk mengembirakan penulis, isteri dan anak-anaknya : ) Ini kerana jika dibandingkan dengan durian yang lain, durian ini  mempunyai banyak biji  kesep (kecil dan tipis). Jadi, isinya lebih tebal dan puas apabila di makan. Hasil timbangan yang dibuat,  sebiji durian 2.1kg mempunyai 28% ulas dari keselurahan buah manakala purata peratus  isi bagi seulas durian ialah lebih kurang 76%.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :8264

1 Response to "Durian Udang Merah"

1 | Knoxman

July 17th, 2012 at 2:19 am

Avatar

Beli sebijik last week, RM30., ada 6 ulas sajaa….durian termahal yang saya pernah ‘terbeli’….tetapi, ulasan saya, rasanya takle secanggih mana sangat. Saya memang gila durian, tetapi saya lebeh suka durian kampong biasa yang isi nipis2 tu. Selain tu, durian D24 atau D101 adalah lebeh memberi ‘value for your money’. Anda patut beli M/King atau U/Merah ni hanya utk bagitau kat kengkawan yg anda dah penah merasa durian tersebut. Itu saja.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3571
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014