Pokok Tapeworm

tapeworm-plant
Pokok Tapeworm atau nama saintifiknya Homalocladium platycladium juga dikenali sebagai Ribbon Bush dan Centipede Plant. Batang pokok yang bersambung-sambung sering dianggap sebagai daun kerana berwarna hijau. Tumbuhan herba ini juga unik jika dijadikan sebagai tanaman hiasan, namun ia jarang sekali dijumpai ditanam di kawasan rumah. Mengikut rujukan, tumbuhan ini juga sesuai ditanam di kawasan yang terlindung atau penuh cahaya matahari. Tumbuhan ini boleh dibiak menggunakan biji benih dan keratan.

Number of View :9069

Taman Agroteknologi Mardi Langkawi

stesen-mardi-langkawi

Jika anda melancong ke Langkawi jangan lupa singgah di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Taman ini merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi kerana sering dikunjungi oleh pengunjung dari luar negara.
stesen-mardi-langkawi4

Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia.

stesen-mardi-langkawi2

Untung menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad, harga tiket cuma RM5 sahaja. Namun, bagi pelancong dari luar, harga tiket yang dikenakan ialah RM20.

stesen-mardi-langkawi3

Di sini terkenal dengan ladang buah-buahan pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan di sini. Antaranya ialah belimbing, mangga, cempedak, limau bali, nanas, pitaya dan banyak lagi.

stesen-mardi-langkawi5

Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.

stesen-mardi-langkawi6

Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada.

stesen-mardi-langkawi7

Kawasan ladang di sini di jaga dengan baik cuma hasilnya sahaja yang kurang memuaskan.

stesen-mardi-langkawi8

Setelah penat melihat keseluruhan kawasan Taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.

stesen-mardi-langkawi10

Bagi yang ingin merakamkan gambar kenangan, jangan lupa bergambar di tepi buah nangka berkaca mata ini.

stesen-mardi-langkawi12

Yang menariknya di sini ialah, kakitangan Taman ini akan mengambil daun kelapa dan mengubahnya menjadi sesuatu benda untuk diberikan kepada pengunjung yang datang. Memang kreatif !!

stesen-mardi-langkawi13

Sampai di sini sahaja kisah ringkas yang  penulis coretkan semasa berkunjung ke Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Banyak lagi yang boleh anda pelajari di sana.

Number of View :8766

Timun Tua

timun-tua

Rupanya yang kurang menarik mungkin antara penyebab timun ini kurang dikenali dan diminati. Timun Tua atau Old cocumber juga dikenali dengan panggilan timun masak dan timun bendang. Bagi masyarakat cina ia lebih dikenali dengan nama Chinese Cucumber yang sering digunakan dalam ramuan membuat sup.

timun-tua1

Di kalangan masyarakat melayu, timun ini memang popular digunakan dalam masakan tempoyak  ikan patin dan masak lemak cili api. Selain itu, timun ini juga mempunyai khasiat membantu menyejukkan badan.

timun-tua2

Jika anda mempunyai resepi istimewa menggunakan timun ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :6083

Durian Udang Merah

durian-udang-merah

Durian Udang Merah, memang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pencinta durian khususnya mereka yang tinggal di Pulau Pinang. Durian yang berasal dari Balik Pulau ini merupakan di antara durian yang terbaik dari segi rasanya. Di kalangan masyarakat Cina di sana ia di sebut sebagai Durian Ang-Hae. Durian ini mampu mencapai berat 3 kg ini telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dengan no. pendaftaran D175 pada tahun 1990.

image

Musim buah kali ini, penulis telah mendapat peluang merasa sebiji durian udang merah yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.  Dengan harga RM12/kg, penulis membayar sebanyak RM25 RM24/sebiji untuk buah yang beratnya 2.1 kg. Setelah dibuka kulitnya, terserlah isi yang berwarna kuning, tebal, teksturnya halus, lembik dan rasa yang lemak manis. Walaupun hanya sebiji, cukup untuk mengembirakan penulis, isteri dan anak-anaknya : ) Ini kerana jika dibandingkan dengan durian yang lain, durian ini  mempunyai banyak biji  kesep (kecil dan tipis). Jadi, isinya lebih tebal dan puas apabila di makan. Hasil timbangan yang dibuat,  sebiji durian 2.1kg mempunyai 28% ulas dari keselurahan buah manakala purata peratus  isi bagi seulas durian ialah lebih kurang 76%.

Number of View :10262

Pokok Merlimau

image
Pokok Merlimau atau nama saintifiknya Suregada multiflora merupakan sejenis pokok yang jarang ditemui di Malaysia. Penulis menemui pokok ini semasa melawat gerai pameran FRIM semasa Floria 2012 yang lalu. Pokok yang dipercayai berasal dari India dan Indochina ini mampu mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Daripada rujukan, pokok ini juga digelar dengan nama Limau Hantu. Pokok ini mengeluarkan buah seperti buah limau tetapi saiznya lebih kecil dari buah limau kasturi. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai limau ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :4463