12 May, 2012

Pokok Gapis

Posted by: admin In: @Pokok Unik

kekacang-ungu

Foto di atas merupakan kiriman seorang rakan yang bertanyakan mengenai pokok yang mengeluarkan buah atau kekacang yang bewarna ungu ini. Penulis sebelum ini belum pernah melihat kekacang seperti ini dan cuba mendapatkan maklumat dari rakan yang lain. Ternyata ada yang mengenalinya dan pernah melihat pokok ini. Terima kasih diucapkan.

Pokok Gapis atau nama saintifiknya Saraca thaipingensis juga dikenali dengan nama Yellow Saraca kerana bunganya yang berwarna kuning keorenan. Sekali pandang bunga dan daun pokok ini seperti pernah dilihat ditanam di Putrajaya. Daripada rujukan yang lain, pokok ini juga dijumpai ditanaman sebagai tanaman hiasan di KLCC dan difahamkan bunga ini mengeluarkan bau yang amat wangi. Ada seorang rakan memaklumkan buahnya ditumbuk untuk dijadikan umpan ikan disebabkan baunya yang kuat. Jika anda mempunyai info yang lain mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :10176

1 Response to "Pokok Gapis"

1 | c20

January 21st, 2013 at 2:15 am

Avatar

assalamu’alaikum, sdr fazlisyam,

ingin bertanya akan taburan lokasi pokok gabis ini di semenanjung malaysia ini, terima kasih

Comment Form

Categories

Share on Facebook

3425
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014