05 May, 2012
Khasiat Bunga dan Daun Belimbing
Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan| @Tanaman Buah
Belimbing memang sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia, namun permintaan pengguna terhadap buah ini tidaklah sehebat buah epal atau limau. Adakah buah ini kurang digemari kerana rasa masamnya atau mungkin juga kita terlalu banyak disajikan dengan buah-buahan dari negara luar seperi anggur dan buah kiwi? Biarlah soalan itu terjawab oleh anda sendiri.
Tahukah anda selain dari buah Belimbing yang diketahui kaya dengan Vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit, bunga dan daun belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Menurut rujukan sebuah buku, air rebusan bunga belimbing boleh diminum bagi membunuh dan mengeluarkan cacing dalam periut dan usus.
Daun Belimbing yang dihancurkan pula boleh disapu bagi mengubati pelbagai penyakit kulit. Selain itu, air rebusan bunga dan daun diminum bagi merawat muntah-muntah, batuk dan sakit kerongkong. Sejauh manakah petua ini masih diamalkan, penulis tidak pasti. Mungkin anda diluar sana boleh berkongsikan sesuatu.




