18 Feb, 2012

Fosil Kayu

Posted by: admin In: @Fisiologi Tumbuhan

pameran-batu-kayu

Kesempatan ke Sarawak tempoh hari, saya sempat berkunjung ke beberapa buah muzium di Kuching. Antara muzium yang saya kunjungi ialah Muzium Semulajadi, Jabatan Muzium Sarawak. Apa yang menarik di sini ialah terdapat pameran mengenai Kayu yang menjadi Batu atau lebih dikenali dengana Fosil Kayu. pameran-batu-kayu6

Nak tahu bagaimana  kayu menjadi batu? Panjang ceritanya.. jadi saya pendekkan.. Pada sesetengah kayu, dinding sel ditutupi oleh organik polimer yang dipanggil lignin. Lapisan inilah yang membuat sel tumbuhan menjadi keras. Kayu juga menjadi keras apabila ia basah di dalam air yang mengandungi silika.
pameran-batu-kayu2

Sarawak mempunyai sejarah alam semulajadi yang amat kaya dan kepelbagaian yang meliputi tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Fosil kayu yang terdapat di Sarawak tidak diketahui dan belum pernah dipamerkan di Muzium Negeri. Walaupun sebahagian kecil fosil kayu ini mungkin dijual di kedai, ia tidak menarik perhatian orang ramai.
pameran-batu-kayu4

Sejarah mengenai fosil kayu di Sarawak juga tidak diketahui orang ramai dan tidak didokumentasikan. Koleksi yang ada sekarang berjumlah kira-kira 300 batang berasal dari selatan dan tengah Sarawak. Fosil kayu dari selatan Sarawak amat keras dan tua manakala yang terdapat di Sarawak Sentral masih lagi muda seakan-akan kristal. Semua koleksi adalah asli dan tidak digilap. Nilai sesuatu fosil kayu terletak kepada sejarah yang tersembunyi yang dapat memberi gambaran mengenai lanskap pada awal zaman dunia ini.
pameran-batu-kayu3

Fosil kayu amat penting kerana ia mendokumentasikan asal tumbuhan awal di kepulauan tropika ini. Usia fosil berbeza dari 2 hingga 12 juta tahun sejak zaman Holosen dan Pleistosen . Fosil menyumbang bukti yang paling ketara mengenai evolusi kehidupan organisma. la juga merekod perubahan terhadap hutan yang merupakan tumbuhan yang penting di dunia ini. Fosil flora dapat menunjukkan maklumat tepat mengenai keadaan iklim masa lalu.

pameran-batu-kayu5

Koleksi yang ada di pameran ini kebanyakannya mengandungi kayu coniferales dan palma cycadales.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :651

No Responses to "Fosil Kayu"

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17033 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13922 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11559 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8912 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits