12 Feb, 2012

Pasar Satok

Posted by: admin In: @Harga Sayur/Buah| @Hasil Tani

pasar-satok-kuching
Jika anda ke Kuching, Sarawak jangan lupa berkunjung ke Pasar Ahad yang terletak di Jalan Satok juga lebih popular dengan Pasar Satok. Pasar ini memang terkenal dengan hasil-hasil buah-buahan dan sayur-sayuran di mana  penduduk kampung dari serata daerah  membawa hasil hutan untuk dijual. Memang seronok membeli di sini kerana harganya murah dan boleh tawar-menawar. Antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di Pasar Satok…

pasar-satok

Pisang Tanduk di Pasar Satok memang murah..

pasar-satok10

Cili dan pelbagai jenis lagi sayuran seperti petai dan labu pun ada dijual..

pasar-satok11

Belacan Bako dan Belacan Bintulu pun ada dijual. Sedap ke?

ikan-terubuk-pasar-satok

Ikan Terubuk masin yang sememangnya popular di sini…

telinga-kera-pasar-satok

Telinga kera dan nangka muda pun ada dijual..

ketiak-jagung

Ketiak jagung atau baby corn pun yang belum dibuka kulitnya pun ada dijual di sini

terung-asam

Terung asam yang sedap di buat gulai lemak juga banyak di jual di sini.

tepus-tanah

Umbut tepus tanah yang digunakan dalam masakan. Buat kerabu pun boleh.

paku-uban
Pucuk Paku uban yang juga terkenal di sini boleh di rebus dan dicicah sambal belacan.

pasar-satok22

Di tepi kaki lima, di luar bank pun ada yang menjual pisang tanduk. Memang menarik. Ok.. nantikan artikel yang seterusnya yang bertajuk.. Buah-buahan di Pasar Satok. Buah yang jarang dapat di lihat dan di rasa !!

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1085

3 Responses to "Pasar Satok"

1 | sabri

March 1st, 2012 at 8:10 am

Avatar

assalamualaikum
Pada 11.2.2012 saya keKuching dan sempat kepasar satok.saya temui buah2 nadir yang tidak terdapat disemenanjung.Buah belimbing api,dabai dan banyak lagi yang saya payah nak ingat namanya.Belimbing api saya beli satu tangkai yang mempunyai 15 biji buah.Bentuk buah ni macam belimbing besi, berwarna orange merah dan isi dan rasanya macam buah tampoi.
Ikan terubok masin Sarawak memang sedap.ikan dibelah belakang dan diawetkan dengan garam yang diimport dari cina.Saya cuba buat sendiri dengan membeli ikan terubok dipasar, saya gunakan garam bukit halal gel, saya perapkan dalam peti ais, menjadi , rasa sama macam terubok masin sarawak.

2 | talibramli

March 8th, 2012 at 3:30 pm

Avatar

kalau nak buat ikan terubuk masin senang je..
kalau beli kene hati-hati sebab ada pakai kapor barus…(itu yang dah siap)
beli ikan segar n then siangkan dan jangan dicuci..n then setiap sekor tu letakkan garam kasar dan masuk dalam plastik…jangan campurkan ikan dalam seplastik..
ni untuk yang nak murahlah..
kalau beli sebenarnya harga ikan tu 3 ekor sepoloh ringgit..kalau sekor 8 ringgit mahal tu lebih-lebih lagi anda orang semenanjung..hati-hati membeli.

3 | Tempat pelancongan di Malaysia | Tempat Menarik di Malaysia !!

April 14th, 2012 at 3:00 pm

Avatar

[...] manakala di Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Di Sarawak pula terkenal dengan Pasar Satok dan pelbagai jenis kebudayaan yang unik. Di Sabah pula terkenal dengan alam semulajadi yang memukau [...]

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17033 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13922 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11559 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8912 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits