Serangga Kepinding atau Mictis merupakan sejenis serangga yang menghisap cairan pokok dan menyebabkan daun atau pokok layu. Kebiasaannya perosak ini menyerang tanaman dengan menyerang daun muda dan pucuk. Sebelum ini memang belum pernah terjumpa serangga ni di laman rumah saya. Namun, baru-baru ini saya terjumpa beberapa ekor kepinding ini duduk bertenggek di pucuk pokok yang saya tanam. Lama kelamaan pucuk tersebut mula layu seperti kesan terbakar.
Saya cuba bau serangga ini kerana kebiasaanya kepinding mempunyai bau yang busuk. Yang peliknya semasa saya bau, takde pula bau busuk. Rupanya, ada satu rujukan, menyatakan kepinding ini akan “kencing “ kepada sesiapa yang mendekatinya terutama pada musim mengawan. Mungkin semasa saya dekatinya ketika itu, waktu tu bukan musim mengawan agaknya. Nasib baik tak kena kencing !!



