18 Sep, 2011

Durian Thailand

Posted by: admin In: @Tanaman Buah|Artikel

durian

Durian merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kulitnya yang dibaluti duri-duri serta aromanya yang tersendiri membuatkan buah durian masih mengekalkan takhta sebagai Raja Buah di Asia. Mungkin ramai yang sudah arif mengenai durian di Malaysia. Jadi artikel ini, saya ingin membawa anda ke negara jiran kita Thailand memahami sedikit sebanyak kisah Durian di sana. Al-kisahnya, durian adalah buah pribumi dari selatan Thailand. Kemudian ia berkembang ke bahagian tengah Bangkok, Thonburi dan Nonthaburi. Durian yang ditanam di kawasan ini amat masyhur dan di anggap sebagai yang terbaik kerana tanah di kawasan ini amat subur dan mempunyai bekalan air yang mencukupi.

isi-durian

Memandangkan kawasan tengah di anggap sebagai kawasan tumpuan dan strategik, durian telah ditambahbaik kualitinya dengan berbagai jenis atau varieti sejak 40 tahun yang lalu. Kini, Sekarang Thailand adalah syurga bagi durian dengan lebih dari 200 jenis yang varieti berbeza yang berada di dalam kajian, pemilihan dan pembaikbakaaan. Terdapat 4 jenis varieti buah durian yang di gemari oleh para petani dan pengguna. Antaranya ialah durian Chanee, Monthong, Kanyao dan Kradumthong.

Penyebaran varieti durian ke Negara jiran

Dua jenis durian yang amat digemari oleh masyarakat di Thailand ialah duraian Chanee dan Monthong. Kedua-duanya telah dimajukan sebagai jenis yang terbaik dari Thailand. Kedua-duanya telah diperkenalkan kepada negara-negara jiran. Di Indonesia, benih jenis Kani adalah berasal dari Chanee dan Otong iaitu tunas dari Thailand bernama Monthong. Di Malaysia, varieti jenis D99 berasal durian dari Thai (durian Chanee). Di Filipina pula, Chanee dan Monthong ditanam dengan meluas.

Asal usul nama varieti durian

Dahulu, para petani menanam pokok durian daripada bijinya di mana pokok yang tumbuh selalunya tidak tulen/asli mengikut ciri pokok asalnya. Cara ini telah menghasilkan benih yang baru dan benih yang baik lazimnya dinamakan mengikut rupa, bentuk, warna kulit atau tempat asal buahnya. Ada beberapa cerita mengenai asal usul nama yang berbeza yang boleh di kenalpasti mengikut jenis buah:
durian-123
Durian “Chanee” atau Gibbon (Ungka) dipercayai mendapat namanya kerana buah durian selalunya keluar di hujung dahan/ranting seolah-olah seekor ungka yang bergayut di atas pokok.

durian-158

Durian “Kanyao” (Long Peduncle). Dalam bahasa Thai, Kan bermaksud “Peduncle/tangkai” manakala Yao bermaksud “Long/panjang”. Jadi, asal namanya bertepatan dengan rupa bentuknya yang dimana tangkainya adalah lebih panjang dari varieti yang lain.

durian-159

“Monthong” atau Golden Pillow (Bantal Emas), mengikut bahasa Thai, Mon bermaksud “pillow” (bantal) dan Thong bermaksud “Gold” (emas) . Jadi, Monthong dinamakan bersempena dengan rupa bentuk buahnya. Ia dikatakan berbentuk seperti bantal manakala isinya berwarna kuning keemasan.

kradumthong

“Kradumthong” atau Golden Button (butang emas). Dalam bahasa Thai, Kradum bermaksud “button” (butang) manakala Thong bermaksud “Gold” (emas) kerana putiknya adalah kecil dan bulat, kelihatan seperti butang pada baju orang China dahulu kala.
Jenis-jenis durian

chips-durian

Semua jenis durian boleh diklasifikasikan mengikut masa bunganya berputik hingga ke masa ianya dipetik atau dituai.Terdapat 3 jenis  kategori durian; iaitu yang masak di dalam tempoh 95-105 hari adalah durian jenis Luang dan Kradumthong. Buah ini dipetik di awal musim untuk membolehkan harganya menjadi mahal. Jenis sederhana pula akan masak di dalam tempoh 105-120 hari adalah durian Kanyao, Monthong dan Chanee. Buah jenis ini adalah banyak dan dipasarkan pada kemuncaknya hingga harganya menjadi rendah. Jenis yang lambat masak iaitu mengambil masa hingga 120 hari adalah durian Enak dan Kampan yang merupakan yang biasa ditanam.

chanthaburi-durian

Chanthaburi adalah pusat pengeluaran durian terbesar di dunia iaitu menghasilkan lebih kurang separuh dari pengeluaran durian di Thailand. Setiap tahun pada musim buah durian di Bandar Chanthaburi, terdapat pesta buah-buahan yang dirayakan dengan berwarna-warni selama 10 hari dan dirayakan pada kemuncak musim buah-buahan. Para petani akan bersaing di dalam pertandingan buah-buahan tradisional, pameran senilukis,  acara sukan, pasar sementara untuk semua jenis barangan (termasuklah buah-buah tropika yang popular), dan banyak lagi.

durian-balik-pulau

Di Malaysia tidak kurang juga hebatnya, kita mempunyai pelbagai jenis durian dari pelbagai jenis varieti. Antara yang terhebat ialah durian kunyit, durian D24, Udang merah dan sebagainya. Setiap tahun, diadakan Pesta Durian yang bertempat  di Balik Pulau, Penang. Jika anda pernah ke Pesta Durian pada bulan Jun yang lalu, bolehlah ceritakan pengalaman anda di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13722

6 Responses to "Durian Thailand"

1 | JALALUDDIN ASRAM

September 19th, 2011 at 2:40 am

Avatar

perghh….bestnye kalau ada kat belakang rumah aku ni…

2 | zarina

September 19th, 2011 at 5:05 am

Avatar

salam…saya pernah makan durian dari thailand..memang sedap..isinya kuning dan ulasnya besar,memang puas la makan..rugi kalau tak cuba..

3 | Zaini

September 20th, 2011 at 2:52 am

Avatar

Memang sedap. Saya biasanya akan ambil isi & gaul bersama susu cair dicampur jagung krim. Adunan ini kemudiannya boleh dibuat air durian (ditambah air & ais) ataupun dibuat aiskrim (disimpan di dalam peti ais). Nyam nyam nyam…

4 | MAZLEE

September 21st, 2011 at 3:45 am

Avatar

JGN SELALU MAKAN DURIAN SIAM NI DEPA GUNA BANYAK BAHAN KIMIA……………. MAKAN DURIAN KAMPUNG LAGI BEST,

5 | adik come

October 4th, 2011 at 2:40 pm

Avatar

sy paling suke doghian bukit kampung . kecik je buahnya isi pun nipis. tak berapa manis. makan banyak pun tak muak. tapi susah nak dapat kena merayau le jauh ke kampung2 agaknya. kat kl ni jarang2 jumpa, ikut luck.

6 | razalli hat

October 20th, 2011 at 9:57 am

Avatar

durian siam depakata ada taruh wain , betul ka., takut nak makan ,durian kampung lagi baik. selamat dan lemak manis .ada ummph

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2870
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014