22 Jul, 2011

Pokok Tapak Kuda

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

tapak-kuda2

Pokok Tapak Kuda atau nama saintifiknya Bauhinia purpurea merupakan sejenis tanaman hiasan yang dikatakan berasal dari negara Asia. Pokok ini diberi nama sedemikian mungkin adalah kerana daunnya yang seakan-akan tapak kuda. Di luar negara pokok ini digelar sebagai Butterfly tree dan Purple orchid tree. Spesis ini mempunyai beberapa varieti dengan warna bunga ungu tua, dan merah jambu.

tapak-kuda3

Dari sebuah buku rujukan, bunga dari pokok ini boleh dimasak gulai/kari serta juga boleh dibuat acar.  Selain itu, bunga tapak kuda juga boleh direbus atau direndam dalam air mendidih dan diminum untuk melawaskan buang air besar. Sejauh mana penggunaan bunga ini dalam masakan/minimum saya sendiri tidak pasti. Belum pernah lagi saya mendengar ada orang makan bunga ini. Mungkin suatu hari saya akan mencubanya !! Atau anda juga boleh cuba dahulu..

tapak-kuda

Pokok ini boleh dibiakkan dan ditanam dengan menggunakan biji atau kaedah tut. Pokok ini memang banyak dijumpai di taman di kawasan taman serta di kawasan perumahan. Masih teringat sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, budak-budak perempuan suka memetik kudup bunga pokok ini untuk dijadikan seperti lipstick.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13290

2 Responses to "Pokok Tapak Kuda"

1 | wawa alhadi

August 10th, 2011 at 9:25 am

Avatar

assalamualaikum,

bagus blog ni… sy suka sgt…sgt membantu pencarian saya mengenai herba tropika…

cuma sy cdgkan agar saudara fazlisyam guna nama sendiri….. fazlisyam herba tropika ker ???

2 | ZAEHMAH SYED HASSAN

December 13th, 2012 at 5:54 am

Avatar

Memang bagus blog ni banyak juga di antara nama-nama
pokok itu dikenali dengan nama saintifik ada juga nama tempatan yang biasa disebut orang kampung adayang saya sendiri pernah menanamnya tetapi banyak yang telah di buang seperti yang saya katakan sebelum ini, seperti pokok sentul , mentega abiu atau dipanggil oleh orang cina buah emas kerana warnanya yang kuning keemasan bila masak, tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek terdapat di rumah saya , pokok bidara pun ada ,dan yang menarik orkid harimau , nanti saya cuba hantar gambarnya ok.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2684
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014