12 Jun, 2011

Pokok Asoka

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

mast-tree

Pokok yang dikatakan  berasal dari selatan India dan Sri Lanka ini  digelar dengan nama Asoka atau nama saintifiknya Polyalthia longifolia var. pendula. Dalam sesetengah buku yang lain, pokok ini juga disebut pokok kayu penduduk dan mempisang. Di luar sana pula, ia lebih popular dengan nama Mast tree, False Asoka dan Weeping Mast tree. Pokok ini memiliki batang yang lurus, ketinggian sehingga 15 meter dan silaranya yang berbentuk tirus di atas.

asoka-tree

Dahannya kecil dan banyak berjuntai ke bawah. Pokok ini juga mempunyai buah yang bergugus, namun sehingga kini saya masih belum sempat melihatnya. Pokok ini memang sesuai di tanam sebagai pokok hiasan terutama di perkarangan bangunan dan taman kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok ini dibiakkan melalui biji benih dan penjagaannya juga mudah.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :16884

2 Responses to "Pokok Asoka"

1 | I wong

June 13th, 2011 at 1:52 am

Avatar

Pokok ni memang sesuai ditanam keliling bangunan sebagai penghalang angin (wind breaker). Cuma bahayanya kalau patah pokok ni tak jadi cantik dah sebab pertumbuhan tunggal.

2 | Andika

March 14th, 2013 at 3:14 pm

Avatar

pertama kali saya melihat pokok asoka ini saya fikir sebatang kayu dililit oleh paku midin. Lucukan? Apabila diamat-amati rupa-rupanya memang sebatang pokok pun. Ajaib pulak pokok ni yang tinggi menirus tanpa dahan cuma daun saja yang kelihatan? Rupa-rupanya dahannya memang ada tapi agak kecil bejuntaian ke bawah. Saya belum pernah tengok buah pokok ini.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2585
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014