01 Jun, 2011

Bunga Ros Jepun

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

ros-jepun

Artikel kali saya cuma nak update sejenis lagi tanaman hiasan yang popular ditanam di kawasan rumah. Pokok Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan tanaman jenis menjalar dan amat mudah dibiakkan melalui keratan dan biji benih benih. Biji benihnya kecil seperti biji benih sawi. Pokok ini memang sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh. Bunganya biasanya mekar atau berkembang pada waktu pagi dan kuncup di sebelah petang. Terdapat pelbagai varieti warna bunga yang terdiri dari merah, putih, kuning, unggu, merah jambu, dan jingga. Dari segi khasiat perubatan, daunnya dipercayai boleh digunakan bagi merawat luka ringan iaitu dengan menampal daun yang dilumatkan pada bahagian yang luka. Jika ada menanam tanaman ini di rumah, boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :33854

9 Responses to "Bunga Ros Jepun"

1 | Nozi

June 2nd, 2011 at 12:32 am

Avatar

Assalam..

Saya mmg mencari sgt pokok bunga ni. Dulu masa kecik2,arwah mak suka tanam. Tapi skrang susah dah nk jumpa. Cantik bungan ni kalo tanam dlm pasu dan gantung…

2 | turtle

June 2nd, 2011 at 3:21 pm

Avatar

salam….
pokok bunga jepun pokok yg senang untuk ditanam
cara nyer hanya patahkan salah satu dari pokok kemudian di semai di dlm polibeg..untuk pertumbuhan cepat gunakan baja akar …

3 | I wong

June 5th, 2011 at 8:45 am

Avatar

pokok bunga Jepun ni sekarang banyak dijual di nurseri Jadi tak susah nak dapatkannya. Kalau jiran atau rakan ada, boleh la biakkan seperti turtle nyatakan.

Cuma bunga ni tak sesuai untuk orang bekerja sebab berbunga waktu orang pergi kerja. Balik jer kerja tak dapatlah nak meniktamati bunga ni berkembang. Tapi sekarang ada juga varieti yang berbunga sehingga waktu petang. Cuma perlu mencarinya sahaja lah.

4 | miz

June 5th, 2011 at 11:43 am

Avatar

Cantik bunga ni,tapi ada yang namakan pokok ini pokok pukul 10 pagi sebab bunganya berkembang pada pukul 10 pagi.

5 | ANIS

July 10th, 2011 at 3:29 pm

Avatar

AGAK2 BERAPA RINGGIT?

6 | has

October 18th, 2011 at 7:00 am

Avatar

murah jela…kalau nursery kat sg buloh, Rm 1 je 1 polibeg tu..balik kena tukar tanam atas tanah@ pasu….

7 | Nur

May 20th, 2012 at 8:03 am

Avatar

Salam..
Bunga ni perlukan air dan cahaya matahari yg secukupnya untuk hidup subur dan berbunga.. Setakat ni saya dah ada 8 warna yang saya tanam sendiri dalam pasu gantung dan juga atas tanah…

8 | Eida

November 26th, 2012 at 2:25 am

Avatar

Salam, saya sdg cuba menambah koleksi ros jepun abah saya. Skg ni dia ada warna putih, kuning, merah terang, pink, peach, oren & pink + putih. Klau ada sapa2 yg ada warna2 lain @ tahu di mana nak dptkan warna2 yg lain. Tolong inform saya ye. TQ

9 | ZAEHMAH SYED HASSAN

December 13th, 2012 at 5:26 am

Avatar

Arwah mak saya pulak kata bunga lidah pipit sebab daunnya yang halus berair sebesar lidah burung pipit ,rupa bunganya macam carnation betul tak?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2549
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014