13 May, 2011

Pokok Akar Dani

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

akar-dani
Pokok Akar Dani atau nama saintifiknya Quisqualis indica juga dikenali dengan nama ‘chinese honeysuckle’ dan ‘rangoon creeper’.  Pokok ini sejenis tanaman menjalar dan amat sesuai ditanam menggunakan pergola atau di tepi pagar. Pokok ini banyak digunakan di Taman-taman kerana bunganya menyerlahkan kecantikkan yang tersendiri apabila bergantungan. Pokok ini mudah dibiakkan menggunakan keratan dan biji benih. Ia cepat membesar dan memerlukan cahaya matahari yang penuh bagi menggalakkan ia mengeluarkan bunga yang banyak.
akar-dani2

Dipercayai, pokok akar dani mempunyai khasiat perubatannya yang tersendiri. Air perahan daunnya boleh mengubati bisul dan ulser. Selain itu, bijinya digunakan untuk mengubati batuk, sakit kepala dan sakit kulit. Di luar negara pula, ada yang makan tumbuhan ini setiap hari bagi menjarakkan anak. Sejauh mana kepercayaan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini, diharap dikongsikan bersama.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :15426

3 Responses to "Pokok Akar Dani"

1 | aza_eskimo

May 19th, 2011 at 2:56 am

Avatar

pokok ni??xsangka ada khasiat sebb ingtkan ia hanya dijadikan pokok hiasan saja..pkok ni sgt cantik dan menarik perhatian sy kerana jiran sy ade menanamnya..bila waktu pagi nk g keje,memg sy akan tengok pokok ni..bunganya banyak dan pokok nya memg jenis menjalar dan jiran sy buatkan para untuk membolehkan pkok ini menjalar dan kelihatan lebih cantik

2 | rahim

March 22nd, 2013 at 3:27 pm

Avatar

salam,dimana nk beli pokok akar dani kat sg buluh ada ke

3 | wahem

May 10th, 2013 at 1:29 pm

Avatar

Tak tahu pulak nama pokok ni mmg banyak tumbuh meliar di kampug saya,tp sekarang di ppasar tani pun banyak dijual untuk hiasan mmg cantik bunga dia.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2522
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014