09 Apr, 2011

Pokok Berus Botol

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

berus-botol

Pokok Berus Botol atau lebih dikenali dengan nama Weeping Bottle Brush ( Callistemon viminalis ) merupakan sejenis tanaman hiasan yang popular di tanam di kawasan-kawasan perumahan terutama di kawasan kuarters Putrajaya. Keunikkan tanaman ini dapat dilihat pada dahannya yang melentur ke bawah dan  bunganya yang keluar di hujung ranting. Susunan bunganya teratur membentuk seperti berus botol.

berus-boto2l

Mengikut rujukan, pembiakkan pokok ini adalah melalui tut dan mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 5 minggu atau lebih. Daripada rujukan yang lain pula, pokok ini juga boleh dibiak secara keratan tetapi amat sukar. Pokok ini hidup subur di kawasan yang terdedah matahari sepenuhnya.

berus-botol3

p/s: bagi yang nak jimat duit beli berus botol susu anak, bolehlah cuba guna bunga pokok ini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13421

7 Responses to "Pokok Berus Botol"

1 | I wong

April 10th, 2011 at 1:31 am

Avatar

Cuma kelemahan pokok ni bila ditanam menggunakan tut atau keratan batang, ianya mudah rebah ditiup angin kerana tidak mempunyai akar tunjang.

Sesuai ditanam di tempat yang tidak kuat tiupan anginnya.

2 | siti diwi

April 10th, 2011 at 6:03 am

Avatar

aduh hai…bunganya cantik…jgn dibuat berus botol anak….sasau budak tu nanti….Nama yg menarik…dulu msa zman sek, pokok ni la yg tak bebunga2 dr sya ting 1- ting 5…hari2 sya bersila bwh pokok ni nak tgok dia berbunga….ari ni baru dpt tgok bunganya…Tu pun selepas hampir 18 tahun tingalkan pagar sekolah tu…

3 | chah

April 11th, 2011 at 5:25 am

Avatar

Salam..
pokok berus botol dgn pokok janda merana adakah pokok yg sama…Sbb nampak susunan daun tu macam sama.@ adakah mereka dr spesis yg sama?

4 | admin

April 11th, 2011 at 11:02 am

Avatar

memang tak sama.. kalau janda merana nama sainsnya Salix babylonica.. tak pasti samada janda merana ada mengeluarkan bunga atau tidak…

5 | I wong

April 12th, 2011 at 2:59 pm

Avatar

Memang lain sungguh pokok janda merana dan pokok botol. kalau tengok dari famli pun berbeza. Lagipun janda merana banyak ditanam ditempat berair seperti di tepi parit, longkang ataupun tasik.

6 | Tok Batin Sham

April 13th, 2011 at 6:31 am

Avatar

Memang cantik bunga dia. Sekarang dah susah nak tengok berbanding masa Tok kecil2 dulu.

7 | norhayati

February 21st, 2014 at 5:41 am

Avatar

kat mana kedai landskap nak beli pokok ni?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2481
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014