Pokok Berus Botol atau lebih dikenali dengan nama Weeping Bottle Brush ( Callistemon viminalis ) merupakan sejenis tanaman hiasan yang popular di tanam di kawasan-kawasan perumahan terutama di kawasan kuarters Putrajaya. Keunikkan tanaman ini dapat dilihat pada dahannya yang melentur ke bawah danĀ bunganya yang keluar di hujung ranting. Susunan bunganya teratur membentuk seperti berus botol.
Mengikut rujukan, pembiakkan pokok ini adalah melalui tut dan mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 5 minggu atau lebih. Daripada rujukan yang lain pula, pokok ini juga boleh dibiak secara keratan tetapi amat sukar. Pokok ini hidup subur di kawasan yang terdedah matahari sepenuhnya.
p/s: bagi yang nak jimat duit beli berus botol susu anak, bolehlah cuba guna bunga pokok ini..




